TABUNG BELI BMW

Creative With Papers Contest

Ni secara rasminya CONTEST PERTAMA aku join sejak aku jadi blogger. Aku join sebab contest ni best, kene kreatif dengan kertas, sesuatu aku suka buat. Lagi 1, hadiah pon best. DOOODOLLS!!!


SYARAT-SYARATNYA
1. follow my blog (DONE)
2. inform me that you're entering this contest (DONE)
3. you must tagged (2-5 blogger) and inform them about this contest (DONE)


MY PICTURES

niko want to sleeps too~~ 

he & she

where is my pick?? 

miss pen holder

I WANT DOOODOLLS!!!!!
sape cakap lelaki xsuke dolls???hahaha

*idea dapat dari google & kawan2
**harap2 cik puppeto bagi aku menang...huahahaha
***suka sgt dooodolls sampai jadikan wallpaper laptop (nak beli xmmpu, tu je yg mampu buat)

YOU MAKE ME SMILE




when I'm hungry, I eat.
when I'm bored, I play.
when I'm tired, I sleep.
when I'm alone, I think about you.
it's enough to make me SMILE

HAPPY WOMEN's DAY

#3 CERITA LAWAK - ZIP



Di satu perhentian bus, seorang perempuan cantik memakai skirt kulit ketat sedang menunggu bas. Sebuah bas tiba, dan apabila tiba giliran untuk menaiki bus, dia sedar bahawa skirtnya terlalu ketat untuk membolehkannya mengangkat kaki menaiki tangga bas.

Berasa sedikit malu pada pemandu bas, dia cuba mencapai zip skirt di bahagian belakang dengan harapan dapat melonggarkan sedikit skirtnya.

Dia cuba mengangkat kaki menaiki tangga bas tetapi tidak boleh. Selagi lagi dia mencapai zip untuk melonggarkan lagi skirtnya. Tetapi selepas melonggarkan zip, dia masih tidak boleh mengangkat kakinya.

Berasa malu yang amat sangat, dia melonggarkan zip skirtnya sekali lagi. Tetapi kali ini, lelaki besar yang berdiri di belakang memegang pinggangnya dan mengangkat dia. Perempuan itu berasa terkejut. Dia berasa marah lalu berkata,


"Kau siapa? Aku tak kenal kau pon. Kenapa kau sesuka hati nak pegang aku??!!"


Lelaki itu senyum lalu berkata,"Cik, selalunya saya akan bersetuju dengan Cik. Tetapi bila Cik unzip zip seluar saya 3 kali, saya dapat rasakan kita ni kawan rapat".

Perempuan itu berasa malu dan masuk dalam bas laju2.

FINALLY!!! 1000 FOLLOWERS!!!!

Akhirnya blog aku telah mempunyai 1000 pengikut yang kacak dan cantik. Aku menulis entri baru ni sambil mendengar lagu Lady Antebellum - Need You Now seperti mana blog aku memerlukan pengikutnya. Kalau xde pengikut/ follower, sape la yang nak baca entri aku yang tak seberapa ni. 

So, siapa yang jadi follower aku yang ke-1000??

Tahniah kepada Cik Innanie

Cik Innanie mintak aku blanje dia Buskin Robbin sebab jadi follower yang ke-1000. Adeh~~ kayap aku camni. Eskrem pop 2posen bole x???hehehe.... Korang semua bole jenguk Cik Innanie disini >> http://coklateyes.blogspot.com/


TERIMA KASIH SEBAB JADI FOLLOWER BLOG NI!!!
SAYANG KORANG SEMUA!!!
:
p/s: target pasni???BLOGWALKING SAMPAI LEBAM LAGI...huahahahaha

Tomorrow Can Be Too Late

 
 
If you're mad with someone, 
and nobody's there to fix the situation.
You fix it. 
Maybe today, that person still wants to be your friend.
And if u don't, tomorrow can be too late.

 
If you're in love with somebody, 
but that person doesn't know.
Tell her/him. Maybe today, 
that person is also in love with you.
And if you don't say it, 
tomorrow can be too late.

 
If you still love a person 
that you think has forgotten you.
Tell her/him. 
Maybe that person have always loved you.
And if you don't tell her/him today, 
tomorrow can be too late.

 
If you need a hug of a friend.
Ask her/him for it. 
Maybe they need it more than you do.
And if you don't ask for it today, 
tomorrow can be too late.

 
If you really have friends who you appreciate.
Tell them. Maybe they appreciate you as well.
If you don't and they leave or go far away today, 
tomorrow can be too late.
 
 
don't be like me
i don't do it today
and it's all too late

APABILA KAK LIMAH TURUN MENGUNDI

Minggu ini, di kebanyakan universiti, pilihan raya untuk memilih pemimpin baru di kalangan pelajar giat dijalankan. Tempat aku pon sama. Calon2 datang buat manifesto yang aku tak dengar langsong. Tampar poster sana sini untuk meraih undi. Memang meriah!!!

Dimana ada pintu, di situ ada POSTER!!!

Ruang jalan kaki pon jadi mangsa!!

time aku tengok2 gambar, aku perasan sesuatu yang pelik. Macam ada yang tak kena ngn gambar kt atas. Bila aku zoom......

SEKALI KAK LIMAH NGN USOP PON JADI CALON!!!HUAHAHAHA

dalam diam2, KAK LIMAH ngn USOP jadi calon pilihanraya. Felo kolej kediaman aku pon xpercaya bila nampak poster ni. Tak perasan lak aku biler dorang wat manifesto.ermmm~~

SEMOGA BERJAYA KAK LIMAH & USOP!!!!


p/s: sape la tampal poster tu kan???xkn la aku kot...huaahahaha
p/s1: besok ade test. wish me luck!!!

FINALLY!!!!! BUFFERED EARNINGS DARI NUFFNANG

 Saat- saat yang paling ditunggu dah tiba...akhirnya NUFFNANG bagi kat BUFFERED EARNINGS (BE) kat blog aku....lama gak aku tunggu BUFFERED EARNINGS untuk bulan ni...

 BE from Maxis CNY

Walaupun blog aku ni xhebat cam blog2 mantap yang lain, tapi bersyukur sangat dapat BE ni....harap2 dengan BE baru ni, dapat la aku cashout untuk bulan ni...

iklan lain pon da banyak kluar....contohnya...
 
 MILO FUZE

 5 COMES ALIVE

kalau camni, makin semangat la aku nak berblogging....

p/s:lame xg shopping bundle.......

13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA

Sebelum ni, aku ada buat entri pasal tanda2 DIA (LELAKI) LEBIH DARI SEKADAR KAWAN. Kali ni nak kongsi tanda2 anda telah jatuh cinta. Aku jumpe artikel masa lawat satu laman web.APA PENDAPAT KORANG??



1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. 

(^0^)

CARA LAIN MENINGKATKAN TRAFIK DENGAN MUDAH

Sebelum ni, kalau nak up trafik, korang mesti buat blogwalking, 'auta'-blogwalking, ping entri baru, ataupun backlink. Tapi, kali ni, aku nak ajar korang cara baru untuk tingkatkan trafik dengan mudah tanpa perlu berbelanja lebih.

1. TRAFFIC LIGHT
Cara ini sangat berkesan untuk meningkatkan trafik. Jumlah trafik anda semakin bertambah dengan cepat jika semakin banyak traffic light yang anda jumpa. Selain dapat menambah trafik, anda juga akan terhibur dengan kilauan lampu trafik yang mempesona seperti merah, oren dan hijau. Disamping itu, anda juga dapat merasakan debaran yang bergelora di saat lampu merah berubah hijau atau masa 99 tertukar 0.


2. TRAFFIC SIGN
Cara mudah untuk menambah trafik. Sepanjang perjalanan anda ke tempat kerja ataupun balik kampung, anda mesti akan jumpa traffic sign ni. Apa kata luangkan sedikit masa untuk berhenti seketika dan ambil gambar bersama traffic sign ni. Selain dapat meningkatkan koleksi traffic sign, anda dapat post gambar baru kat facebook atau kongsi dengan blogger2 lain kat blog anda.


3. POLIS TRAFIK
Polis trafik dapat membantu meningkatkan trafik anda dan melancarkan trafik jalanraya. Jika ada masa terluang, cubalah cari polis trafik ini dan beramah mesra bersama mereka. Manalah tahu, dapat jumpa dengan jodohpolis trafik, makin bertambahlah trafik anda kerana anda juga berkemungkinan untuk berkenalan dengan kenalan polis trafik jodoh anda. Selain itu, anda juga mungkin akan dapat saman trafik kerana mengganggu tugas polis yang sedang bertugas.


4. TRAFFIC JAM

Cara yang paling digemari rakyat Malaysia sekiranya mereka ingin cepat atau tiada masa kerana bila time itulah, traffic jam akan muncul. Traffic jam tidak mengenal usia, mahupun pangkat. Bila terkena, pasti terseksa. Selain meningkatkan trafik yang sesak, ia juga membantu meningkatkan stress, menimbulkan rasa marah dan membuatkan anda keletihan dengan cepat. Jika ada masa terluang, lawatlah sekitar Jalan Tun Abdul Razak atau sekitar bandar Kuala Lumpur pada pukul 4-5 petang. Pasti tak nak buat lagi!!!

#2 CERITA LAWAK - HARI MALANG

Ada seorang lelaki kesedihan di dalam sebuah bar, memandang minumannya. Dia berkeadaan begitu selama sejam setengah.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki bermasalah duduk di sebelahnya, ambil minuman lelaki sedih tersebut dan meminumnya sampai habis. Lelaki sedih mula menangis. Lalu lelaki bermasalah pun berkata,"Sabarlah kawan, aku cuma bergurau je. Meh aku belanja kau air yang baru. Aku tak boleh la tengok orang lelaki menangis ni".

Lelaki sedih itu berkata,"Hari ni memang hari yang malang bagi aku. Aku bangun lewat dan lambat masuk pejabat. Bos aku marah dan terus pecat aku. Keluar dari pejabat nak ambil kereta, aku tengok kereta aku dah tiada, kena curi. Jadi aku ambil teksi balik ke rumah. Tapi aku tertinggal dompet aku dalam teksi. Duit, kad kredit semua lesap".


"Sampai rumah, aku dapati isteri aku curang dengan seorang pekebun. Aku keluar rumah, datang bar ni. Dan bila aku fikir nak tamatkan riwayat hidup aku, kau datang dan terus minum RACUN aku".

Lelaki bermasalah,"@@~~~"......

GOOGLE PAGERANK ::: UPDATE!!!

Semasa tengah update blog ni, aku perasan sesuatu yang menggembirakan.Pak Cik GOOGLE dengan baik hatinya telah meningkatkan ranking blog aku dari PR1 ke PR2. Bagi korang, PR2 ni mesti cikit, tapi bagi aku, banyak maknanya.

korang boleh check PR blog korang kat SINI

So, PageRank atau PR ni apa sebenarnya?? PR adalah suatu teknologi yang diperkenalkan GOOGLE untuk menunjukkan 'kepentingan' sesuatu website. Ia seperti nilai harga bagi sesebuah blog. Semakin tinggi nilai PR, semakin pentinglah kita kepada Pak Cik Google.

Kelebihan PageRank
  1. Mendapat layanan mesra dari Google. Jika nilai PR web kita tinggi, semakin mudah blog kita dicari atau diakses melalui Google Search.
  2. Authority lebih tinggi. Web atau blog yang mempunyai PR tinggi mempunyai kelebihan di google dimana, web itu diletakkan pada index tertinggi di Carian Google  walaupun sesuatu blog atau web itu mempunyai post atau entri yang sama.
  3. Entry yang baru dipublish lebih cepat di index Google.
  4. Lebih mudah mendapat trafik dan senang menjana duit!!!!
Cara-cara Meningkatkan PageRank
  1. Perbanyakkan isi blog anda. Pastikan ianya original dan tidak di copypaste atau peratus untuk blog anda di index berkurang.
  2. Buat tajuk atau judul yang menarik dan senang di cari pada Google Search. Contoh, 'Aku Suka Kamu' lebih mudah dicari dari 'Ak Ske Kmu'.
  3. Rajin update blog atau web. Bila kita rajin update, blog kita dianggap aktif dan akan menerima trafik yang konstant.
  4. Tingkatkan Backlink. Secara mudahnya, backlinks ini bermaksud link blog A yang diselitkan didalam artikel blog B. Maka blog A mempunyai 1 backlinks dari blog B.
  5. Rajin2 lah berblogwalking. Boleh tambah trafik dan follower. And bila kita rajin, kemungkinan blog kita untuk di Backlink juga tinggi.
Ini saja yang aku rasa dapat kongsi dengan korang semua. Aku pun bukan arif sangat tentang hal ni. Just buat research sikit2 and tanya yang pakar. Ada salah silap harap dapat tegur. Kalau korang nak share mende ni, amiklah. Amat dialukan.Sharing is Caring.

13 TANDA DIA (Lelaki) LEBIH SEKADAR KAWAN

  1. Dia beri barang perhiasan semasa birthday kamu.
  2. Dia mimpi pasal kamu ( dan membertitahu kamu tentangnya).
  3. Bila kawan2 dia mengusik kamu berdua seperti pasangan bahagia, muka dia kemerahan-merahan.
  4. Dia perasan bila kamu mengubah stail rambut.
  5. Dia berhenti bercakap tentang perempuan lain.
  6. Dia lebih suka membayar bila kamu keluar bersama.
  7. Dia beritahu kamu berbau wangi.
  8. Bila kamu berjauhan selama seminggu, dia kata,'Saya akan rindukan awak'.
  9. Walaupun kamu mempunyai nama panggilan, dia memanggil kamu dengan nama panggilan yang lain.
  10. Dia masak untuk kamu.
  11. Keluarga dia datang dan dia nak perkenalkan kamu kepada mereka.
  12. Dia lebih suka keluar bersama kamu sendirian.
  13. Dia sanggup tengok wayang bersama kamu walaupun cerita itu sangat bosan.

KREATIF KAD UNTUK TERSAYANG

Sebelum ni, kalau nak wish something, kita mesti beli kad....pe kata lepas ni kita try wat kad la macam kat bawah ni...baru nampak effort cikit...










kreatif kan...ingat nak wat 1 gak...nak bagi kat mak...hahha...
kad kreatif ni aku dapat kat SINI

#1 CERITA LAWAK - MATA BENGKAK


Seorang lelaki datang untuk bekerja pada hari Isnin pagi dengan dua mata bengkak. Bosnya bertanya apa yang terjadi.

Orang itu menjawab, "Pada hari minggu, saya duduk di belakang seorang wanita yang besar di gereja. Ketika berdiri untuk menyanyikan lagu, saya melihat bahawa gaunnya terselit di celah punggungnya. Jadi saya cuba bersikap baik dan menariknya keluar untuknya. Tiba-tiba, dia berpaling dan menumbuk mata saya. "

Bos bertanya, "Okey, jadi bagaimana kamu dapat yang sebelah lagi??" 


"Ohhh," orang itu berkata, "Saya fikir dia tidak mahu gaunnya keluar, jadi saya menolaknya kembali masuk"

BANDAR PALING COLOURFUL DI DUNIA

Ni antara gambar2 bandar paling COLOURFUL di dunia

Bo-Kaap, Capetown
 
 Kulusuk, Greenland
 
 Nyhavn, Copenhagen
 
 Zacatecas, Mexico
 
 La Boca, Buenos Aires

 Jodhpur, India
 
 Guanajuato, Mexico
 
 Manarola, Cinque Terre
 
 Punda, Willemstad
 
 Pelourinho, Salvador, Brazil
 
memang colourful bandar2 ni.... kat Malaysia ada x tempat2 warna-warni camni???

BLOGWALKING +TRAFFIC= BLUR????

Semenjak aku start cuti sem lepas, blog ni memang bersawang terok...puncanya sebab kat umah aku pakai broadband je...connection memang slow... nak update susah, nak blogwalking lagi la susah....

masok sem baru ni, aku igt nak wat azam baru...nak up traffic blog ni...tapi aku BLUR nak wat cmne...

sedang 'jenjalan' tetibe nampak 1 post yang menarik dari JIWAKACAU...


BLOGWALKING SOFTWARE NEW VERSION

software ni dah di improvekan bagi memudahkan blogger untuk blogwalk tanpa perlu meng'hang'kan pc or laptop dorang...beza ngn software dulu, 1 tab klua 5 blog berbanding software dulu, 1 tab=1 blog...

terror btol JiwaKacau wat software cmni...trimas bebanyak....so, kalo korang nk up traffic korang, test la pakai software ni....xrugi mencuba....

*aku suka lg pakai sofware lame...hehehhe

BIL TELEFON PALING MAHAL

Hari ni mak aku baru dapat bil dari Maxis....Buka je sampul surat mak aku terkejot tengok bil tu!!!!

'TAKDE NYER NAK BAYAR BIL NI'

aku pon pelik gak...apsal mak aku taknak bayar....aku amik bil tu, ngan aku skali terkejot....

WATTHECHUCK!!!!


ingatkan RM120.50...ataupon RM 351.75....skali RM0.35!!!!!!

memang harapan la nak bayar...

kalo korang jadi aku, korang nak bayar xbil tu???

HABIS DAHH!!!!!


FINAL EXAM DAH HABIS!!!!

Dengan terjawabnya paper last pagi tadi (Principles of Control System), maka tamatlah pembelajaran aku untuk semester 5.

PLAN HARI NI.....

TENGOK WAYANG : HARRY POTTER

MAIN BOWLING

MAKAN BESAR

JALAN-JALAN

memang nak enjoy puas2 hari ni...

*kepada yang belom final lagi >> SELAMAT BELAJAR
*kepada yang tengah final exam >> SELAMAT MENJAWAB
*kepada yang dah habis final>> JOM KITA ENJOY!!!

BYE3x

:::PETUA IMAM SYAFIE:::

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

*post ni dapat kat Facebook...sekadar berkongsi....

JAMBATAN YANG MENAKUTKAN!!!!

Seumur hidop korang, korang pernah tak lalu kat jambatan yang menakutkan...bukan berhantu...lebih kepada bahaya....kalo setakat jambatan seberang parit, longkang, korang boley abaikan kan la.... kali ni, nak share pasal JAMBATAN PALING MENAKUTKAN Di DUNIA

1. Aiguille du Midi Bridge, France
Ketinggian: 12605 kaki atas paras laut!!!! Jambatan ni memang tinggi....nak pergi situ je kena naik cable car dulu....tapi pemandangan kat situ memang cantik and kepada yang ada phobia ketinggian, rase2, dorang xsempat nak rase phobia kot sebab jambatan ni pendek sangat!!!!


2. Royal Gorge Brigde, Colorado
Stats: 328 kaki tinggi, 558 kaki panjang
walopon xtinggi macam jambatan kat atas, jambatan ni tetap menakotkan sebab angin kencang selalu lalu jambatan tu... bila angin da tiop kencang, memang goyang habes la jambatan tu...nak try???


3. Carrick-a-Rede Rope Bridge
Stats: 100 kaki tinggi, 65 kaki panjang
  xde orang yang pernah jatoh lagi dari jambatan ni...tapi, pelawat yang lalu jambatan ni mesti xsanggop nak ulang balik jambatan tu sampi terpaksa guna bot untuk pulang balik...isk2x..nyusahkan tol...pandai pergi, pandai la balik sendiri....



4. Capilano Suspension Bridge
Stats: 450 kaki panjang, 230 kaki tinggi 
Pemandangan yang cantik memukau semua orang yang teringin nak lalu jambatan ni tapi jangan terpedaya sebab jambatan ni sangat 'shaky'!!!!

5. Puente de Ojuela, Mexico
Stats: 1,043 kaki panjang, 360 kaki tinggi
 Jambatan ni je dah nampak menakotkan...pe yang lagi best, pas korang lalu jambatan ni, korang akan sampai kat 'Bandar Berhantu'....hohoho...memang menakotkan!!!

6. Monkey Bridges, Vietnam
Belom lalu lagi dah rase takot nak roboh...kalo tengah lalu, pe lak rasenyer ek???

7. Hussaini Hanging Bridge
ni pon same gak cam kat atas....doa2 la bebanyak agar xroboh jambatan ni kalo korang lalu...hohoho


ni antara beberapa Jambatan Yang Menakotkan Di Dunia...Malaysia pon ada....Jambatan Pulau Pinang..nape menakotkan??? sebab risiko kebakaran dari elektrik bervoltan tinggi...and lagi menakotkan ialah kesesakan atas jambatan 3-5 jam....warghhh!!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...