TABUNG BELI BMW

Bluerrrkkk!!!!!!

Selamat kembali dalam segmen 'WATTHECHUCK', segmen yang menampilkan pelbagai kejadian aneh dan pelik di seluruh dunia. 

Baru2 ni, dunia dikejutkan dengan kejadian muntah memuntah di seluruh dunia and di sini disertakan gambar dan temubual bersama pemuntah yang terlibat.

'saya tengah minum air sirap, tetiba  kawan saya datang tunjuk  sekeping gambar awek. awek tu bole tahan gak. tapi saya tak tahu nape saya muntah'.

'aku tengah tidor. time tido tu aku mimpi jumpe awek paki selendang. aku dekat la kat awek tu. sekali aku selak selendang dia, hamek ko,lawanyer. aku teros tersedar lalu muntah'. 
'gua jatoh cinta dengan sorang awek ni. tapi gua xpernah jumpe pon, tengok gambar je. tiap kali tengok gambar dia, gua mesti muntah. tolonglah, gua nak jumpe dia.'

anjing ni tengah online time ia bukak satu web awek comel lalu muntah pas melihat sekeping gambar. 'Wooff,woooffff, wofff, woooffff, miawww', kata anjing tersebut. 


'................................................,'  korang nak harapkan jawapan ape dari sebijik LABU!!!!

ni sume pasal sekeping gambar. gambar seorang awek yang.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
'gaga ulala...gaga ulala... lalalala bad romance. eh, ape salah I'.

kesian tol mangsa yang terlibat. harap dorang semua dapat blik semangat yang dah hilang tu. semoga berjumpa lagi dalam segmen 'WATTHECHUCK' yang seterusnya. BYE2...

p/s: tensen pas study.......

Ekspedisi Kayak Kat Sungai Pahang

Ekspedisi ni berlaku hari Sabtu and Ahad lepas. macam biasa, tujuan aku ikut xpdc ni sebab mengisi kekosongan yang ada. dah ada tempat kosong, sebat je la. semua free, sape tak nak kan. hohoho. kitorang bertolak pukul 2. time tu aku dress up t's biasa + sluar pendek je ngn member aku soran lagi. tapi biler sampai tempat kumpol, hambek ko, sume orang smart. sluar jeans siap kasot. pakai spec mata lagi. adoi~~. korang ni nak pergi KL ke???!!

1st destination kitorang ialah Kampung Belimbing. sebab kampung tu kecik, kitorang dibenarkan lepak kat sekolah kampun belimbing. sekolah ni kecik je. semua benda yang ada kat sekolah ni kecik, sedikit and rendah. murid lebih kurang 20+ orang, bilik darjah 1-6 dalam satu blok, meja dalam kelas paling cikit ada 2. memang kecik and sedikit. patutnya, as da siap2 makan and semayang, petang tu kitorang ada game dengan orang kampung, tapi dikejutkan dengan berita orang mati lemas hilang terus tak jumpa. sungai tu cetek je. penduduk tempatan cakap maybe kene pasir jerlus sebab navy sume da turun, still tak jumpe.
kampung belimbing
konon penat sangat la tu
 bubur kacang is da best!!
pasang khemah ngn dak kampung
bersama dak kampung. suka bermalam kat sekolah tapi selalu ponteng sekolah

keesokan harinya (Ahad), sampai la masa yan ditunggu-tunggu, XPDC kayak Sungai Pahang. oppss. lupa nak bagitaw. kitorang dibahagikan kepada 10 grup. 1 grup ada lima orang and 1 grup dapat 2 kayak je. so, XPDC pada pagi tu aku direhatkan untuk memberi laluan kepada geng2 aku. perjalanan plak tak jaoh, macam dari Gambang pergi Kuantan, 25-30km kot and ada 2 bahagian. disebabkan aku tak kayak pagi tu, kitorang dihantar ke D'Ambang Resort, checkpoint pertama. aku menghabiskan masa kat sana dengan melakukan aktiviti ringan = ZZZZZZ!!!!
senyom2!!
 pakar selam navy. 'punca seseorang itu tak nak kayak ialah hilang minat'. hahaha

aku dikejutkan pada pukol 3 petang. geng aku start kayak 12pm. 3 jam pastu baru sampai. puas aku tido. hahaha. lepas geng2 aku da makan, semayang sume, tiba la saat aku berkayak lak. WOOOO!!!. tak sabar giler beb. partner aku petang tu Din, pakar gak dalam kelab kayak.

siap lalu bawah jambatan lagi

sepanjang perjalanan tu,keje aku asek kayuh paddle je sebab Din da penat pasal dia sambong dari first xdpc tadi. memang best kayak kat sungai pahang. cuaca petang tu lak nyaman je, angin sepoi2 bahasa, ada lak orang kampung bagi support, makin semangat la. lepas 3 jam non-stop paddling, sampai pon destinasi, Paloh Inai. makan2, minum and tak sabar nak tunggu penyampaian hadiah.
'team gua menang'. hihihi
 bersama kayak yang digunakan.

overall, xdpc ni memang best. bermalam kat sekolah, lepak ngn dak kampung, menyusuri sungai pahang. semua tu baru bagi aku. memang tak boleh dapat kat tempat lain. pasni nak FINAL da. so, kene stop kejap aktiviti jalan2 ni. huhuhu.......
BYE2

ps: pasni ada trip gi kelantan lak..hihuhihu...

Jangan Lakukan Aksi Ini Jika Anda Berumur 21 Tahun Ke Bawah!!

Panjang tajuk entri aku kali ini. sebab aku wat entri ni pasal nak kongsi satu pengalaman yang baru je aku alami tadi. ok, cerita dia camni...

Selepas aku balik dari library, study untuk final minggu depan, cam biasa la, perut rasa lapar pas penat perah otak (padahal aku datang library tengok member study). selepas semua member2 aku siap, kitorang pon sepakat la nak gi Gambang Point, tempat makan paling best skali kat Gambang, Pahang. kenderaan nak pergi sana - tentulah kereta unser kepunyaan 'APAK' (gelaran member aku).

family car

pas semua da siap2 duduk dalam kereta, sorang member aku ni, Mon, bole berdiri kat sisi kereta unser tu sambil menghisap rokok. Apak da marah da time tu sebab dia nak cepat. orang kalo da lapar jangan cari pasal. memang nahas. lepas kena tegur, dia wat selamber gak, so Apak dengan slember nyer gak teros drive. mula2 tu memang seronok habis la dak Mon ni, siap gelak2 sambil menghabiskan sisa rokok dia. tapi biler dah keluar jalan besar, cuak satu badan. ni antara pic yang berjaya diambil.

kitorang yang duduk dalam kereta memang gelak habis. sakit perut gelak. orang lain tengok da lain macam da. macam ada hantu bergayut kat kereta tapi akai baju merah ala spider-man. sampai trafik light, Apak wat U-turn lak gi Esso. sampai Esso baru Mon turun cepat2 masok kereta. 'Amacam Mon', kata member1. 'sakit pinggang wei berdiri atas tu', kata Mon. aku hanya mampu gelak je. pastu Mon cakap, 'pasni aku ingat nak wat sampai kedai makan la plak'. memang gilo. tapi pe2 hal, malam ni memang hilang teros stress + tension aku pas study  disebabkan aksi comel Mon ni.

ps: kalau korang da umur 21 tahun ke atas, ada kereta besa cam unser ke, dimax ke, boleh la try. tak bahaya pon kalau pegang elok2. sakit pinggang je. hahaha.

BYE2....

KiSah BaTu YanG MeNaRiK

hohoiiii!!!!!

Bersama saya dalam segmen 'WATTHECHUCK'. dalam segmen, kita akan pergi seluruh dunia untuk melihat perkara-perkara yang menakjubkan. segmen ni dibuat sebab saya tak mampu nak pergi pusing 1 dunia, so, dapat tengok gambar and dapat info tentang mende2 yang best pon kire bole la. hihihi. kali ni, kita akan melihat pasal batu. ni bukan kisah batu lesong atau batu kelikir, tapi pasal formasi batu yang paling unik di dunia. ok, takmo cerita panjang and jom start travelling......

1. Batu Keemasan - Burma
Turut dikenali sebagai Kyaik-tiyo Pagoda bagi orang2 Buddha. Lokasi ialah Negeri Mon di Burma. Terdapat sebuah pagoda kecil yang terletak betul2 atas batu keemasan ni. Actually, batu ni bukan betul2 warna emas,tapi batu granit biasa yang ditampal dengan daun2 emas oleh para penganut Buddha. Sampai sekarang, batu tu masih teguh berdiri tanpa tanda2 untuk terbalik turun dari cerun. Memang menakjubkan!!

2. Delicate Arch, Utah, USA
Batu ni sangat terkenal di seluruh dunia. Ia ialah sebuah batu misteri yang hanya berdiri tegak secara bersendirian tanpa batuan lain  di kawasan itu yang ketara sepertinya. Batu ni juga telah menjadi kebanggaan negeri Utah sendiri. camne batu ni boleh terjadi???wallahualam. memang takde idea.

3. Pokok Batu - Bolivia
Sebuah batu yang terjadi akibat hakisan dan pembentukan oleh tiupan angin dan juga pasir. Pokok batu ni terletak di kawasan tinggi di Atiplano di Bolivia dan merupakan salah satu tempat yang paling cantik pemandangannya di dunia.

4. Batu Cendawan - Mesir

Batu cendawan ni bukan terdapat di Mesir saja, tapi di serata dunia. Batu cendawan ni merupakan manifestasi sebenar tentang bagaimana kuasa hakisan dan cuaca boleh mengubah sesuatu batu menjadi sesuatu bentuk. Batu ni biasanya terdapat di kawasan gurun dan mengambil masa selama beribu-ribu tahun untuk mendapat bentuk yang sedemikian rupa. Menakjubkan!! Believe It..

5. The Wave, Arizona, USA
Apa pandangan korang bila first time tengok gambar ni?? mesti korang ingat gambar ni diedit guna photoshopor seangkatan waktu dengan nya walhal batu ni memang wujud kat dunia ni. Terletak di kawasan landai di Coyote Buttes, Arizona. Formasi ni boleh ditemui sejauh 3 batu. Pendakian pula mencecah ke 350 kaki altitud. memang penat kalau nak berhiking kat sini, tapi pemandangan yang menarik ni tentu dapat menghilangkan rasa penat.

6. Ayers Rock - Australia
Formasi batu pasir yang dikenali sebagai Uluru ini adalah setinggi 1,142 kaki dari kawasan gurun. Batu monolitik ni adalah salah satu dari batu monolitik yang paling besar yang boleh ditemui di dunia. Bagi orang peribumi Australia, batu ni dianggap kawasan suci oleh Puak Anangu.

7. Melting Shadows, Utah, USA

Kembali ke Utah semula!!. Vertebra batu yang cantik di sepanjang kawasan utara di Utah Bridger Jack Mesa meninggalkan Jurang Lavender tersorok dalam keadaan sejuk dan berwarna keunguan. Bahagian atas mesa ini terdiri daripada apa yang para geologis gelar sebagai batu pasir Wingate. Formasi batu yang memenuhi kawasan seluas 130,000 batu persegi di Colorado Plateau menyebabkan penduduk awal menggelar tempat itu sebagai ' kawasan paling kasar yang seseorang pernah lihat, tidak ada apa2 disitu kecuali batu dan lubang, bukit dan kawasan berongga'. panjang sungguh gelarannya!!

8. Split Apple Rock - New Zealand

An apple a day keeps the doctor away.kalau epal ni camne lak??? tentu korang boleh agak mana batu ni dapat nama dia kan. batu ni terletak berdekatan dengan Marahau, Taman Negara Abel Tasman di wilayah Tasman. Tempat ni juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat terkenal di New Zealand.

9. The Pinnacles - Australia
Terletak di dalam kawasan Taman Negara Namburg di Barat Australia. Batuan berceracak ini terhasil dari larutan batu kapur dari pasir dan juga hujan yang menegakkan batuan tersebut ke dalam pasir dan membentuk batu kapur yang lembut.

10. Perce Rock - Kanada

Salah satu batuan gerbang yang terbesar yang boleh didapati di dunia. Batuan ini asalnya ada 2 pintu gerbang, tapi satu bahagian telah runtuh pada 17 Julai 1845. Walaupun hilang kembarnya, batu ni masih dilabel sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi yang terdapat di Kanada. Tinggi batu gerbang ni kira2 15 meter dan mengadap laluan laut.

Puas dah pusing satu dunia tengok batu. pasni nak tengok pe plak??ermmm....tunggu la dalam segmen 'WATTHECHUCK' yang lain. BYE2....

p/s: pasni nak update pasal xpdc kayak kat sungai pahang.

Aku, Shcumacher, Hamilton, Webber....

Pe kaitan nama2 kat atas ni dengan aku??? sebenarnya, dorang semua ni kawan baik aku. dulu kecik2, kitorang selalu main guli samaand opkos la aku selalu menang sebab dorang tak pernah main guli pon. hahaha.

cukop la aku nak mengarut. actually, aku baru je pas tengok FIA Formula 1 hari ahad tu. and that was my 1st experience going to Sepang. teruja habis wei!!! aku macam biasa mengisi kekosongan yang ada time trip kali ni. ada ruang kosong, sumbat je. rugi lak kalo tak ikot. sampai je sana teros gi tengok pameran kereta.

Proton Neo Racing Edition

 Lotus Exige. Lawa giler!!!

 Gempak Habis!!

Helicopter Lintas Langsung.

Keadaan Grand Stand dari Jaoh
 
aku masok litar pukol 2, sedangkan perlumbaan start pukol 4. 2 jam beb melangok dalam tu. da la panas lak tu. makanan da mahal. satay 6 cucok = rm 20.gilo la. memang tak makan aku dudok dalam tu. naseb baik member ada seludup roti ngan air ( DILARANG MEMBAWA MAKANAN LUAR!!). tunggu nyer tunggu, racing start. habis adrenalin aku melimpah limpah tengok kereta amik selekoh, bawak laju2. paling best skali tengok dorang drop gear, MELETOP LETOP!!

Tiket F1 aku. sekeping harga rm600 untuk 2 hari. giler la mahal.

'Redbull'

'Petronas' wei!!!

'Lotus Malaysia'

Ni 'Philips' kot??? tak ingat lak.

memang sonok giler tengok F1 ni. 1st 10 laps,  mata aku memang meliar tengok kereta laju2 ni. masuk laps selepas tu, bunyi bising F1 dah macam nyanyian tidur lak. mengantuk habis. tapi sebab peluang tak selalu datang, aku gagahkan gak mata untuk stay sampai habis.
Senyum cikit. hehehe. muka minyak habis sebab kene asap F1. caples...
My friend and I. boleh lak sorang tu bantai tido. penat sangat la tu.

aku dengan Mr. 'Running Redbull'. habis race je, teros berlari 1 arena sebab Redbull menang. Fanatik habis beb.

race habis pukol 6. so, aku on gerak la gi luar litar. sebelom nak balik, sempat gak jalan2 tengok pameran yang ada kat situ. macam ada. tapi sebab dah penat sangat, malas dah nak tengok.

kesian member aku 3 orang ni. kene tunggu bus panas2. aku lak blur.....NAPE???

 nak balik naik moto ke???

 nak balik naik kereta??? last2 aku naik bus gak.jimat duit minyak. hahaha

ps: kecewa sebab tak datang amik gambar ngan gadis litar. pasni ade GP moto lak. tak sabar nak gi Sepang lagi. VROOMMMM!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...