TABUNG BELI BMW

KiSah BaTu YanG MeNaRiK

hohoiiii!!!!!

Bersama saya dalam segmen 'WATTHECHUCK'. dalam segmen, kita akan pergi seluruh dunia untuk melihat perkara-perkara yang menakjubkan. segmen ni dibuat sebab saya tak mampu nak pergi pusing 1 dunia, so, dapat tengok gambar and dapat info tentang mende2 yang best pon kire bole la. hihihi. kali ni, kita akan melihat pasal batu. ni bukan kisah batu lesong atau batu kelikir, tapi pasal formasi batu yang paling unik di dunia. ok, takmo cerita panjang and jom start travelling......

1. Batu Keemasan - Burma
Turut dikenali sebagai Kyaik-tiyo Pagoda bagi orang2 Buddha. Lokasi ialah Negeri Mon di Burma. Terdapat sebuah pagoda kecil yang terletak betul2 atas batu keemasan ni. Actually, batu ni bukan betul2 warna emas,tapi batu granit biasa yang ditampal dengan daun2 emas oleh para penganut Buddha. Sampai sekarang, batu tu masih teguh berdiri tanpa tanda2 untuk terbalik turun dari cerun. Memang menakjubkan!!

2. Delicate Arch, Utah, USA
Batu ni sangat terkenal di seluruh dunia. Ia ialah sebuah batu misteri yang hanya berdiri tegak secara bersendirian tanpa batuan lain  di kawasan itu yang ketara sepertinya. Batu ni juga telah menjadi kebanggaan negeri Utah sendiri. camne batu ni boleh terjadi???wallahualam. memang takde idea.

3. Pokok Batu - Bolivia
Sebuah batu yang terjadi akibat hakisan dan pembentukan oleh tiupan angin dan juga pasir. Pokok batu ni terletak di kawasan tinggi di Atiplano di Bolivia dan merupakan salah satu tempat yang paling cantik pemandangannya di dunia.

4. Batu Cendawan - Mesir

Batu cendawan ni bukan terdapat di Mesir saja, tapi di serata dunia. Batu cendawan ni merupakan manifestasi sebenar tentang bagaimana kuasa hakisan dan cuaca boleh mengubah sesuatu batu menjadi sesuatu bentuk. Batu ni biasanya terdapat di kawasan gurun dan mengambil masa selama beribu-ribu tahun untuk mendapat bentuk yang sedemikian rupa. Menakjubkan!! Believe It..

5. The Wave, Arizona, USA
Apa pandangan korang bila first time tengok gambar ni?? mesti korang ingat gambar ni diedit guna photoshopor seangkatan waktu dengan nya walhal batu ni memang wujud kat dunia ni. Terletak di kawasan landai di Coyote Buttes, Arizona. Formasi ni boleh ditemui sejauh 3 batu. Pendakian pula mencecah ke 350 kaki altitud. memang penat kalau nak berhiking kat sini, tapi pemandangan yang menarik ni tentu dapat menghilangkan rasa penat.

6. Ayers Rock - Australia
Formasi batu pasir yang dikenali sebagai Uluru ini adalah setinggi 1,142 kaki dari kawasan gurun. Batu monolitik ni adalah salah satu dari batu monolitik yang paling besar yang boleh ditemui di dunia. Bagi orang peribumi Australia, batu ni dianggap kawasan suci oleh Puak Anangu.

7. Melting Shadows, Utah, USA

Kembali ke Utah semula!!. Vertebra batu yang cantik di sepanjang kawasan utara di Utah Bridger Jack Mesa meninggalkan Jurang Lavender tersorok dalam keadaan sejuk dan berwarna keunguan. Bahagian atas mesa ini terdiri daripada apa yang para geologis gelar sebagai batu pasir Wingate. Formasi batu yang memenuhi kawasan seluas 130,000 batu persegi di Colorado Plateau menyebabkan penduduk awal menggelar tempat itu sebagai ' kawasan paling kasar yang seseorang pernah lihat, tidak ada apa2 disitu kecuali batu dan lubang, bukit dan kawasan berongga'. panjang sungguh gelarannya!!

8. Split Apple Rock - New Zealand

An apple a day keeps the doctor away.kalau epal ni camne lak??? tentu korang boleh agak mana batu ni dapat nama dia kan. batu ni terletak berdekatan dengan Marahau, Taman Negara Abel Tasman di wilayah Tasman. Tempat ni juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat terkenal di New Zealand.

9. The Pinnacles - Australia
Terletak di dalam kawasan Taman Negara Namburg di Barat Australia. Batuan berceracak ini terhasil dari larutan batu kapur dari pasir dan juga hujan yang menegakkan batuan tersebut ke dalam pasir dan membentuk batu kapur yang lembut.

10. Perce Rock - Kanada

Salah satu batuan gerbang yang terbesar yang boleh didapati di dunia. Batuan ini asalnya ada 2 pintu gerbang, tapi satu bahagian telah runtuh pada 17 Julai 1845. Walaupun hilang kembarnya, batu ni masih dilabel sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi yang terdapat di Kanada. Tinggi batu gerbang ni kira2 15 meter dan mengadap laluan laut.

Puas dah pusing satu dunia tengok batu. pasni nak tengok pe plak??ermmm....tunggu la dalam segmen 'WATTHECHUCK' yang lain. BYE2....

p/s: pasni nak update pasal xpdc kayak kat sungai pahang.

21 comment(s):

Fifi Rahmat said...

boleh x i tambah diri i sbg no 11 dlm entry you? title: kepala batu.
hahaha

no 5 tu ingtkan ilustrasi grafik jeee. kagum!!!

Syafiq Kadiran said...

fifi rahmat: boley2...kene bagi gambar n info cikit...hihihi

lemonade said...

indahnya ciptaan Tuhan.. =)

mocQachinno said...

likes this.

s A i F u L z A k W a N ® said...

interesting...hehehe..bes2..aq suke

Afzainizam said...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

CheQ PP JoY said...

knape xdek pon pic psal batu2 menarik kt msia?
jite kn ada batu bersurat..hehehe..
xjaib ek?=p

Salmia said...

yg no.8 tu unik la

Syafiq Kadiran said...

lemonade: yup...indah sangat

Syafiq Kadiran said...

eqa: aku pon suka gak...hihihi

Syafiq Kadiran said...

Z: trimas Z n tq 4 that answer y ko bg tu...

Syafiq Kadiran said...

Afzainizam : salam persahabatan...
terima kasih sudi singgah...

Syafiq Kadiran said...

CheqPpJoy: batu bersurat tu orang wat..siap pahat lagi tulisan kat batu...xajaib la...
ni sume jadi sendrik...xd orang pahat pon...hahaha

Syafiq Kadiran said...

salmia: unik kan...jom la gi new zealand..bole tgk dekat2..

bubu253 said...

gud info...
keep it up..
eeheheh
smbil blogwalkin dpt info baru...
hehehe
(",)
thumbs up..

DiNa-DiaNa said...

waaa...
menakjubkan..

cm nak g sane amek gmbo jer...

Tihara said...

info yg menarik..batu belah batu bertangkup je takde..nko g xpdc kayak..best nyee

aisyah ^^ said...

subhanallah....hebat btul ciptaan Alla ni....awesomee!
suke yg no 9!

nas aliff said...

hahaha..
pelek2 je batu neh..

iema_z said...

batu lesung unik xde?

carikan boleh?ahahahahahaha~

leEya said...

wow..awesome..batu pnye pic pon cantekk ;)

Post a Comment

setiap komen yang diberi saya ucapkan 'BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH!!!'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...