TABUNG BELI BMW

Trip Ke Perak Pulak!!!! LaLaLaLa~~~

Trip ni sebenarnya berlaku 2 minggu lepas. sebab ada masalah, baru la hari ni dapat nak cite cikit pasal trip kat perak ni. trip ni bukan nya aktiviti melancong sambil hirup aircond bus atau trip jalan2 cari pasal, tapi lebih kepada lawatan ke stesen janakuasa yang terletak kat Segari, Lumut, Perak. sebagai student 'Power', kitorang memang dituntut untuk mengadakan lawatan ni. aku plak memang tak sabar2 nak pergi sebab dah terbayang nak jalan2, shoping, mandi laot, hulahulahup. hehehe. memang lupa habis tujuan asal.

disebabkan perjalanan yang terlalu lama, kitorang main 'snap' dalam bus sambil ditemani bunyi sumbang gitar.hehehe

ni sorang lagi. konon penat sangat la tu. (nak sangat soh aku letak pic dia)
lepas 8 jam dudok dalam bus, buntot sume da naik kematu, badan dah melekit macam kene sapu minnyak masak, bau ketiak sorang2 dah naik (aku sorang je maintain wangi), sampai pon kat destinasi pertama, rumah 'rahman kembor'. perot sorang2 time tu memang dah lapar habis. letak je barang teros setup api. BBQ TIME!!!

kat depan rumah 'rahman kembor'. besar giler rumah. pakai 3-phase katanya. huhuhu

mee goreng ngan air ribena yang ready untuk diterjah.



ni yang paling best skali. tapi aku tak suke sangat ayam panggang. suka panggang je. tapi daging burger n hotdog tu aku nyer. hehehe

sorang2 memang dah lapar bebenor. baru letak dah nak amik. isk3x. aku pon join skali. hehehe

habis makan, kitorang main tangkap ayam lak.rumah besar, ayam pon kene besar gak. tengok kucing tu, kecik je kalo nak banding ngn ayam tu. 'ayam gajah' gelarannya.

pagi esok nya, kitorang bersiap-siap untuk ke Segari Power Plant. nak citer cikit, power plant ni guna steam turbine untuk produce power and kalo x silap aku, power plant ni supply 30% dari keseluruhan power untuk keperluan semenanjung. tempat memang besar. dekat ngn laut. ade swimming pool lak dalam tu.

habis dengar ceramah teros gi makan. nasib baik xbawak suar pendek,  kalo x,sume dah terjum dalam pool.


susah kalo jadi model ni, semua nak amik pic same2. prasan la ko!! hahaha

depan stesen janakuasa. aku takde sebab aku yang amik pic time ni. huhuhu

habis melawat, kitorang mintak pakcik drebar bawak kitorang pergi Teluk Batik. time ni la nak relax2, enjoy2, mandi2. seronok giler wei.
'nek elok2 ye dik'. macam budak2 dapat pisang, sonok sangat dapat nek banana boat.

 aku plak main kayak.sejam kayoh. makin gelap aku.


habis lepak2, main kayak, makan sate ikan kat Telok Batik, habis la trip kitorang kat Perak. duduk lagi 8jam atas bus. menapak tak tahu nak watpe. sebab da borink sangat, aku amik kesempatan nak buat persembahan cikit. modal:- gitar n lirik lagu. memang seronok nyanyi ramai2 dalam bus. bus ada micropon, karoeke la kan. hehehe. trip pergi perak ni memang best giler bagi aku. enjoy habis sampai duet aku kering. SERONOK GILER!!!
aku nak amik gambar korang ni. say 'CHEESEEE~~~'

ps: ahad ni nak pergi sepang lak. tengok F1 n GP. mane satu pon aku tak tahu. janji aku enjoy.

I'M BeAuTiFuL BloGger!!! (wuuueeekkkk)

Terima kasih pada Ielamorry@HeartCandy atas anugerah yang seberapa ni kepada saya. hahaha. just kidding. really appreciate this. yela, sape tak suke kan kalau orang anugerahkan kita ni blogger yang cantik walopon sebenarnyer tak sebab kita hensem (HUAHUAHUAHU). lantak la kalau ade salah paham ke, saya tetap 'BLOGGER YANG CANTIK' (HUAHUAHUAHU, gelak besar lagi).

Sebenarnya dah lama kene tag dengan cik ielamorry. rasa macam malas nak buat. tapi tibe2 hari ni rasa rajin lak. kelas pon start lambat or xyah gi langsong. so, masa ni la baru ada feel nak buat. ni pon bole kira sebagai backup pasal dah takde idea nak wat entri baru (padahal ko malas nak menaip kan??!!).

And, here's the reward.....

  1. Thank & link the person that gave you the award :
  2. Pass this award onto 15 blog you've recently discovered and think are fantastic
  3. Contact each Blogs and let them know they've won the award
  4. State 7 things about yourself
and, ni adalah senarai blogger2 'fantastic' yang saya 'discovered'......
.

  1. 1. SaifulZakawan
  2. 2. Atonisation
  3. 3. Cheqppjoy
  4. 4. Hazwani
  5. 5.Tihara
  6. 6. SnowBelle
  7. 7. AidaN aMoy eTu
  8. 8. Lia3003
  9. 9. Eqa
  10. 10. Syidek
*kalau 10 je boleh tak???hehehehe....malas plak nak main link2 ni...

 7 perkara tentang Syafiq Kadiran...

  1. Anak sulung dari 5 orang adik-beradik. sume laki. kira aku ni power rangers merah la. hahaha. kat rumah, family biasa panggil along, abang. tapi biasa selalu guna perkataan 'orang' sebagai ganti diri. pelik kan. tapi mesti ramai gak kan yang yang guna perkataan ni. 
  2. paling suka kumpul baju kartun. antara koleksi yang ade, baju POKEMON, FROGGY, ELMO, ...banyak lagi la baju kartun. memang rasa macam budak2 habis kalau keluar pakai baju kartun. walaupon selalu ditegor rakan2 sebagai perangai macam orang xcukop umur, lantak la!!!. janji aku happy. hehehe
  3. seorang yang simple mimple. tak suka la nak susahkan diri wat mende yang remeh temeh ni. kalau keluar rumah, gunakan jari cukup untok settlekan rambot. simple skinny jeans and t's cukup dah kalau nak keluar gi mane2. orang terakhir yang siap kalau member nak keluar gi kelas ke, jalan2 ke. bagi member siap dulu sebab dorang mandi lama sangat. nak siap pon lambat. adoi~~
  4. SAYA SUKA PERGI BUNDLE!!! tempat ni macam tempat shopping yang paling best paling aku. KLCC pon takde beb. kat cini la aku berpeluang nak pakai baju berjenama cam GUESS, LACOSTE, limited edition GIORDANO, LEVI's, FRUIT OF THE LOOM, baju2 rare yang susah dapat and paling penting, BAJU KARTUN!!! selalu pergi bundle beramai-ramai ngn member. lagi ramai, lagi best. bole tengok baju2 seluar2 yang dorang beli. hehehe
  5. saya suka main gitar. belajar main gitar dah lama dah. time sekolah menengah dulu. tapi sampai sekarang tak terer lagi..hehehe. ada 1 gitar kapok yang sangat uzor. memang tunggu nak kopak je tu. baru sekali wat performance kat U, menggeletar habis 1 badan. minggu lepas dapat gitar letrik, dan bilik mmber bertuka menjadi mini studio. HAPPY JAMMING SESSION!!! tak rakam plak.
  6. SAYA SUKA MENJERIT!!!. kawan cakap saya ni acam orang gila sebab suka menjerit tak tentu pasal. yela, ada ke patut aku menjerit dalam dewan kuliah time puan ezrinda (lect. math) mengajar. dah dorang cabar kan, pas aku dah jerit, sorang2 tundok. caples tol. kalau rasa bengang je, masok toilet menjerit, bawak moto laju2 sambil menjerit. (memang acam orang giler).
  7. senang sangat terjaga dari tidur. biasa nyer kalau kat rumah, time tengah tidur, kalau ada orang lalu depan pon boleh terjaga. kawan2 cakap, saya memang sesuai la jadi pak guard shif malam. huhuhuhu~~ walaupon begitu, saya kuat tido, ada masa terluang, memang digunakan untok tido (biasa akan bangun setiap 1/2 or sejam untuk online facebook and blogwalking sebelom sambong tido balik).hehehe

sekian terima kasih. 


BYE!~~

EARTH HOUR!!! JOM BERGELAPPP

lagi beberapa minit pas aku tulis entri ni, masok la time EATRH HOUR. time la banyak rumah akan bergelap sebagai tanda cinta terhadap BUMI kita.

rumah aku dah bergelap sebelom masok pukl 8.30 lagi. punyerla bersemangat. ni la tanda aku ngn kawan2 aku sayang BUMI kita. korang2 yang luar tu, ape lagi, jom la join sekali. bukan susah pon. tutop power supply rumah je.

SAYANGILAH BUMI KITA  (^_^)

Hari Yang Macam-Macam

dah lama aku tak update blog aku yang bersawang ni. time ni la baru ada masa nak cuci cikit.

seperti biasa, pagi ni aku ada kelas matematik bersama puan ezrinda. kelas start pukul 8. aku bangun awal untuk meng'OFF' alarm handphone. 'BISING LA WEI, ORANG NAK TIDO', marah aku pada alarm itu di dalam hati. tutup alarm terus aku sambung tidur (memang kantoi la aku langgar sembahyang subuh). aku sedar balik dalam pukul 7.30am. aku tengok kiri. member aku tidur lagi, OK. aku pergi bilik member lain lak. semua terbongkang. apsal semua tidur lagi ni?? takde kelas math ke?? so, aku dengan rasa yakin membuat kesimpulan pagi tu takde kelas math (padahal memang dah rancang taknak pergi). SORI PUAN EZRINDA!!. then, aku sambung tidur lagi.



jam tunjuk pukul 9.30am bila aku sedar. dah malas aa nak sambung tidur. tangan aku terus je capai mouse laptop yang ada kat sebelah aku. online jap. bukak facebook, tengok blog, baca komik. rutin harian aku pas bangun tidur. sedar2 jam da pukul 11.30am. 2jam beb!! macam tak rasa mende. tetibe member aku ajak pergi makan and kompleks sukan. ada urusan cikit. aku pon bangun la dari tilam busuk aku menuju bilik air. sedang aku nak letak barang mandi aku, aku ternampak mende berlengkar dalam toilet. 'PUNDEK!!!SAPE BERAK TAK FLUSH NI', habis sekuat hati aku jerit. nasib baik ada orang mengaku. kalau tak, memang aku tolong flushkan.hahahaha


siap mandi, terus ambil kunci motor gi kompleks sukan. dalam perjalanan tu, tetibe, hujan lak. singgah kafe dulu makan. menu aku hari ni :- nasi putih, sup, tauhu cina, telur, sambal belacan cikit dengan air sirap. total RM3.30. habis makan, gerak pergi kompleks. dalam kompleks sukan ada studio. dah lama aku tak masuk studio semenjak takde latihan ni. rindu sangat nak masuk studio nak main gitar letrik sambil bukak amp kuat2. takpela. lain kali boleh. lama lagi kot aku kat cini. settle urusan, pe lagi, balik rumah aa!!!

malam ni aku ada test. tapi malas gila nak study. duduk baring sambil online sambil borak2. tetibe, member aku bukak topik perbincangan yang menarik. tak bole bagi taw la tajok tu sebab sensored. lama gak la kitorang berbincang. sebab dah bosan sangat, aku masuk bilik amik tabung kecik aku. 'nak kira duit dalam tabung la', hati ku keriangan seperti dak kecik dapat baju BEN 10. seronok gak tengok duit banyak2 dalam tabong. sepose, dopsen, tigaposen.......rm2.40,rm2.50,.....rm10.60,rm10.70....rm30.90,rm40.....rm54.10, rm54.20. WOW!!banyak gak hasil simpanan. simpan takde la lama sangat. baru 2 bulan. ni la hasil bila kita rajin wat roomwalking kat bilik member2. jumpe syiling, masuk tabung. nampak syiling sepah, masuk tabung. hahahaha. kayo pakcik.


patut nya hari ni aku ada presentation BI. tapi sebab kawan aku ada kawan yang baik, aku dapat buat hari jumaat. hohoho. ada masa lagi nak hafal text aku. text pasal cinta. nanti aku update pasal presentation aku. sebab dah takde mende nak buat pas kire duit tabung, aku sambung tidur lagi. sedar2, dah maghrib pon. aku kene siap2 nak gi test. pencil, pen, pembaris, pemadam, kalkulator, toyol sume da lengkap. kali ni, aku ambil test dalam keadaan yang kurang best. mesyuarat xdapat dijalankan sebab semua duduk jaoh2. huhuhu. so, segala aktiviti pencetakan, penyalinan dan perbincangan tergendala. walaupon begitu, aku rasa aku dah buat yang terbaik time test tadi. hohoho.



habis test, aku dengan kengkawan gi makan2 minum. menu aku malam ni: nasi putih, sup kosong (xdapat), telo dadar, timon, sambal belacan, paprik daging, burger daging dengan air kosong. simple2 je. janji perot kenyang. habis makan, cam biasa la, borak2, hisap rokok, tengok tv, tengok orang.


camtu la hari aku yang macam2 berlalu. walopon x macam2 mende yang berlaku, tapi aku rasa macam full dengan aktiviti je harini. hohoho. panjang lak aku tulis. maybe sebab dah lama sangat tak menulis kot. dah la banyak hutang tertunggak ni. dengan tag la, award, update lawatan. macam2 wo. bila la aku nak cari masa nak buat semua tu. huhuhuhu~~~

p/s: aku rasa happy giler 2-3 hari ni walopon test, assignment, kuiz berlambak lambak.

Love Is More Powerful Than Hate

Hate invites loneliness, whereas love denies it. 
Hate ruins personality, whereas love builds ego identity. 
Hate results in acts of violence, whereas love leads to amazing acts of kindness. 
Hate destroys, whereas love creates. 
Hate is war, whereas love is peace. 
Hate is bad, whereas love is good. 
Hate is revenge, whereas love is construction. 
Hate is meaningless, whereas love is meaningful. 
It is impossible "to love to hate". It is always "love" that gives birth to "love". That's why love is more powerful than hate.


Discover your powers. 
Discover love in yourselves. 
Be sure you're more powerful to love than to hate. 
Keep love inside, and all will be always fine.


ps: ayat2 ni aku dapat dari sebuah artikel yang akan aku guna untuk presentation aku nanti. WISH ME LUCK!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...