TABUNG BELI BMW

Sepatutnya.........Bukannya......


WEEEHUWIHUWIHU!!!!! finally, hari yang aku tunggu2 dah tiba. FINAL DAH HABIS!!! paper last yang aku amik harini paper analog. soklan boleh tahan senang sebab macam pernah wat. aku plak wat dengan penuh bersemangat. siap keluar awal lagi,(bukan sebab nak menunjuk, aku sakit perut time tu, dah tak tahan dah, kene keluar gak). sepanjang minggu final ni, banayk mende aku belajar, xpecially cara nak menghadapi final exam ni. tip2 yang aku dapat ni memang terbukti berkesan walaupun aku tak ikut langsong tips tu. harharhar. and aku nak kongsi dengan korang tip2 yang sepatutnya korang buat dan bukan korang patut buat untuk menghadapi final.(untuk masa depan, jangan lupa apply ek).

1. SEPATUTNYA, semasa final nak dekat or hampir tiba, korang dah mula start study ringan2.wat latihan yang korang dapat kat kelas untuk menambah pemahaman. sesungguhnya, apa yang lecturer atau cikgu korang ajar dalam kelas, insyallah akan keluar dalam test. so, kalo korang da study awal, time dekat nak exam nanti, korang xdela pressure sangat untuk study chapter2 yang belom dicover.

BUKANNYA, time dah nak habis study week korang baru nak terhegeh-hegeh nak study. 2 hari lagi nak paper, barula sibuk nak cover. pastu nak kena paham lagi. tak paham tanye lak member. member lak dah menyirap time tu sebab ko asek kaco dia study. kompom2 kene maki hamun. last korang kena study sendiri dan paham sendiri. so, apa yang korang dapat?? pikir2 la sendiri.

2. SEPATUTNYA, time study week or final week, korang kena pastikan mendapat rehat yang cukup. rehat yang cukup akan membolehkan otak korang berfikir secara baik untuk keesokan harinya. biler otak dah mantap, baru la boleh perform time jawab. tontu2 la korang boleh skor kan~~

BUKANNYA time study or final week korang jadi BATMAN lak. study bagai nak rak sampai 3-4 pagi, tapi sepatah mende tak paham. time tu mmg susah nak fokus sebab otak korang nak berehat. time tu, mula la nak pergi keluar mgeteh la, makan la, lepak kedai makan huhahuha dengan member. balik rumah tidur, sedar2 dah petang. tak ke dah rugi time study korang. macam aku je ni

3. SEPATUTNYA korang dah bersedia untuk mengambil test  sekurang-kurangnya sehari dua. biler korang bersedia awal, korang akan rasa confident and bila dah ada confident, mesti mudah bagi korang untuk menjawab. pen dah tersedia, pensel dah bubuh ubat, kalkulator ada bateri, and slip2 and kad penting semua dah tersedia. biler semua ni dah ada, takde la kelam kabut nak cari barang pagi2 hari test korang.

BUKANNYA pagi nak test tu korang nak menggelabah cari pen, pensil, pembaris, pemadam, slip and kad korang. pastu menyusahkan member nak soh kerat pemadam la, nak pinjam pen sebatang la, nak ubat pensel satu. and yang paling best,'Korang ada nampak slip periksa aku tak?'. warghhh!!!! time tu member memang dah malas nak masok campur. korang lak, ketiak dah basah, badan dah berpeluh. masuk dewan periksa dah tak selesa. kan susah camtu..

4. SEPATUTNYA sebelum mula menjawab, baca doa mintak ampum, keizinan dan dipermudahkan urusan daripada-NYA. dengan ni, korang akan rasa lebih diberkati semasa menjawab. korang akan rasa lebih lapang. pastu tentulah mudah korang nak keluarkan ilmu2 yang korang belajar sebelum ni. and semasa mula2 bukak kertas soalan, belek 1-1, perlahan-lahan supaya korang boleh dapat idea untuk menjawab.

BUKANNYA sebelum mula menjawab, korang dah mula nak intai2 kertas soalan dengan harapan boleh tengok cikit soalan and tanye member. biler dah tengok soalan korang maki hamun lak. 'ni mana aku ada belajar, S**t!!'. biler korang dah mula berkata camtu, susah nak dapat berkat apabila menjawab. korang lak dipenuhi dengan emosi marah dan bengang . so, camne nak berpikir dengan baik. relax2, tenang sudah.

tulah antara beberapa tips yang aku belajar sepanjang masa final ni.sebenarnya, banyak lagi tips, tapi aku cuma listkan apa yang aku dapat and rasa saja. setiap orang ada cara belajar masing2. maybe bagi dia, study last minute dapat bantu dia perform, study lewat pagi bantu dia lebih paham. ingat, semua orang lain, dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk berjaya.

kepada korang2 yang belom habis final or tengah test, GUDLUCK AND ALL THE BEST.

BYE3~~~

p/s: pasni nak kena pindah rumah lak.huhuhu~~~

35 comment(s):

rammyd said...

abeh yang lazim nye sedara buat yang sepatutnya @ bukannya? heh.

iemaZAIMAH said...

aku kn..aku kn..selalunye kn..kn kn kn..xwat yg sepatutnye kemudian melangkah ke dewan dgn muke yg pnuh kesucian..ehehehhe =)

Unknown said...

stendet la tu
ahahahaha

btw dah merdeka yee!
=P

Unknown said...

ak tido xckop..hampir2 berdengkur dlm dewan td..harharharu..

Syafiq Kadiran said...

rammyd : semestinya yang 'BUKANNYA'...
hahaha...entri ni tok peringatan kat diri sendiri...

Syafiq Kadiran said...

iema_z : dah taw...xyah bgtw pon da boleh agak nyer...hahaha

Syafiq Kadiran said...

ery farieha : hihihi....yup, dah merdeka...nak g tgk ironman 2 pas mandi swimming pool

Syafiq Kadiran said...

CheqPpJoy : isk...npe la ko xtidor je...bole aku rakam..hahaha...

iemaZAIMAH said...

kire kau stuju r muke aq suci???ahahaha!

Q. M. said...

haha..
memang cannot go!!

abes exam mcm merdeka.
ciap letak gamba tunku abd rahman lgi tu..tapi, tips baekk punye.

btw, congrats!selamat beronggeng lah nnt!

Syafiq Kadiran said...

iema_z: prasan je lebey...

Syafiq Kadiran said...

mish.qist™ : merdeka7x!!!! tq2...

welkam...xsaba dah nak beronggeng ni..

lovelylady - シングルママ said...

ni akak ko punye versi 'spatutnye' & 'bukannye' pulak:-

'spatutnye'...akak jd bos, 'bukannye' jd sekseteri..sbb akak amalkan yg ko tulis bukannye tu le hasil nye 'cam gini le jadinye' ahaks ahaks

alai said...

yang penting mulakan dengan bismillah... Dan sentiasa ada sifat persediaan diri di dalam diri.

tot tot kecik said...

salam..

waah tips tuk study..?

tips tuk wt presentation yg tbaek xde ke..?

tot kne present praktikal nnt..huhu..

Syahrul Iman said...

wey..ko dah hbs final ke?.. menyirap seyh..aku lagi sebulan kot baru nak final..nak merdeka tu tak payah ckp la..lambat lagi kot..haha

hologramisfera said...

merdeka sakan. hehe

s A i F u L z A k W a N ® said...

sepatotnye skrg kite g enjoy eppy2 hoyeh2 kat kuantan..

bukan nye..tdo..wat taik mate kat bilik..

hahahahahahahaha

Anonymous said...

tengz for d info....
tp last minute tu sgt cool.hehehhee

s A i F u L z A k W a N ® said...

anda ditag oleh saya..(^_^)

KLIK DISINI

iemaZAIMAH said...

xperasan la!hakikat...kau xrse ke aq suci?ahahaha!

Syafiq Kadiran said...

lovelylady : hihihi...tula...len kali jangan amalkan ek...

Syafiq Kadiran said...

alai: yup..betul tu...amin~~

Syafiq Kadiran said...

tot tot kecik : oo...nak tip tok presentation gak ke???
boleh gak sebab selalu wat presentation time blaja ni..nnt la...entri seterusnya...

Syafiq Kadiran said...

Syahrul Iman : mak ia...lambat tol ko start final...xp2...boley prepare lg...all da best...

Syafiq Kadiran said...

Pipi Muncet : MERDEKA7x!!!

Syafiq Kadiran said...

s A i F u L z A k W a N ® : jom Z, kua jalan2...dah bosan aku asek tido je kat umah ni...

Syafiq Kadiran said...

AyanaAsham : welkam...jgn lupa apply ek...hihihi~~

Syafiq Kadiran said...

iema_z : xpon...hahaha

Norul Malakiah Sidek said...

wah wah wah pas exam baru nak buat analisis ke bang oiii

zulaikha said...

betul3..


tp...knape aku slalu amalkan yg bukannya? adehh...



salam perkenalan... dari http://zulaikhamohdnor.blogspot.com.

Nekmo said...

huhu..ujian memandu lak cene??ngeh3...nak skodeng jawapan jpj..hehehe

aNgeLic vaMp said...

ahahaha..sangat terasa diri ini. tapi itulah pasal, dah nama student kan :) muka konpiden je dibawa msuk exam hall..hahaha

Athirah Ibrahim said...

AHAHA. semua benda yang tak patut buat tuh saya buat. ish ish ish.

nuriz said...

ala comey kucing tido..habis exam msti kepala ringan je..semua dah kuar masa examm

Post a Comment

setiap komen yang diberi saya ucapkan 'BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH!!!'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...