WEEEHUWIHUWIHU!!!!! finally, hari yang aku tunggu2 dah tiba.
FINAL DAH HABIS!!! paper last yang aku amik harini paper analog. soklan boleh tahan senang sebab macam pernah wat. aku plak wat dengan penuh bersemangat. siap keluar awal lagi,
(bukan sebab nak menunjuk, aku sakit perut time tu, dah tak tahan dah, kene keluar gak). sepanjang minggu final ni, banayk mende aku belajar, xpecially cara nak menghadapi final exam ni. tip2 yang aku dapat ni memang terbukti berkesan walaupun aku tak ikut langsong tips tu. harharhar. and aku nak kongsi dengan korang tip2 yang sepatutnya korang buat dan bukan korang patut buat untuk menghadapi final.(untuk masa depan, jangan lupa apply ek).
1.
SEPATUTNYA, semasa final nak dekat or hampir tiba, korang dah mula start study ringan2.wat latihan yang korang dapat kat kelas untuk menambah pemahaman. sesungguhnya, apa yang lecturer atau cikgu korang ajar dalam kelas, insyallah akan keluar dalam test. so, kalo korang da study awal, time dekat nak exam nanti, korang xdela pressure sangat untuk study chapter2 yang belom dicover.
BUKANNYA, time dah nak habis study week korang baru nak terhegeh-hegeh nak study. 2 hari lagi nak paper, barula sibuk nak cover. pastu nak kena paham lagi. tak paham tanye lak member. member lak dah menyirap time tu sebab ko asek kaco dia study. kompom2 kene maki hamun. last korang kena study sendiri dan paham sendiri. so, apa yang korang dapat?? pikir2 la sendiri.
2.
SEPATUTNYA, time study week or final week, korang kena pastikan mendapat rehat yang cukup. rehat yang cukup akan membolehkan otak korang berfikir secara baik untuk keesokan harinya. biler otak dah mantap, baru la boleh perform time jawab. tontu2 la korang boleh skor kan~~
BUKANNYA time study or final week korang jadi BATMAN lak. study bagai nak rak sampai 3-4 pagi, tapi sepatah mende tak paham. time tu mmg susah nak fokus sebab otak korang nak berehat. time tu, mula la nak pergi keluar mgeteh la, makan la, lepak kedai makan huhahuha dengan member. balik rumah tidur, sedar2 dah petang. tak ke dah rugi time study korang. macam aku je ni
3. SEPATUTNYA korang dah bersedia untuk mengambil test sekurang-kurangnya sehari dua. biler korang bersedia awal, korang akan rasa confident and bila dah ada confident, mesti mudah bagi korang untuk menjawab. pen dah tersedia, pensel dah bubuh ubat, kalkulator ada bateri, and slip2 and kad penting semua dah tersedia. biler semua ni dah ada, takde la kelam kabut nak cari barang pagi2 hari test korang.
BUKANNYA pagi nak test tu korang nak menggelabah cari pen, pensil, pembaris, pemadam, slip and kad korang. pastu menyusahkan member nak soh kerat pemadam la, nak pinjam pen sebatang la, nak ubat pensel satu. and yang paling best,'Korang ada nampak slip periksa aku tak?'. warghhh!!!! time tu member memang dah malas nak masok campur. korang lak, ketiak dah basah, badan dah berpeluh. masuk dewan periksa dah tak selesa. kan susah camtu..
4.
SEPATUTNYA sebelum mula menjawab, baca doa mintak ampum, keizinan dan dipermudahkan urusan daripada-NYA. dengan ni, korang akan rasa lebih diberkati semasa menjawab. korang akan rasa lebih lapang. pastu tentulah mudah korang nak keluarkan ilmu2 yang korang belajar sebelum ni. and semasa mula2 bukak kertas soalan, belek 1-1, perlahan-lahan supaya korang boleh dapat idea untuk menjawab.
BUKANNYA sebelum mula menjawab, korang dah mula nak intai2 kertas soalan dengan harapan boleh tengok cikit soalan and tanye member. biler dah tengok soalan korang maki hamun lak. 'ni mana aku ada belajar, S**t!!'. biler korang dah mula berkata camtu, susah nak dapat berkat apabila menjawab. korang lak dipenuhi dengan emosi marah dan bengang . so, camne nak berpikir dengan baik. relax2, tenang sudah.
tulah antara beberapa tips yang aku belajar sepanjang masa final ni.sebenarnya, banyak lagi tips, tapi aku cuma listkan apa yang aku dapat and rasa saja. setiap orang ada cara belajar masing2. maybe bagi dia, study last minute dapat bantu dia perform, study lewat pagi bantu dia lebih paham. ingat, semua orang lain, dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk berjaya.
kepada korang2 yang belom habis final or tengah test,
GUDLUCK AND ALL THE BEST.
BYE3~~~
p/s: pasni nak kena pindah rumah lak.huhuhu~~~