TABUNG BELI BMW

Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

#3 CERITA LAWAK - ZIP



Di satu perhentian bus, seorang perempuan cantik memakai skirt kulit ketat sedang menunggu bas. Sebuah bas tiba, dan apabila tiba giliran untuk menaiki bus, dia sedar bahawa skirtnya terlalu ketat untuk membolehkannya mengangkat kaki menaiki tangga bas.

Berasa sedikit malu pada pemandu bas, dia cuba mencapai zip skirt di bahagian belakang dengan harapan dapat melonggarkan sedikit skirtnya.

Dia cuba mengangkat kaki menaiki tangga bas tetapi tidak boleh. Selagi lagi dia mencapai zip untuk melonggarkan lagi skirtnya. Tetapi selepas melonggarkan zip, dia masih tidak boleh mengangkat kakinya.

Berasa malu yang amat sangat, dia melonggarkan zip skirtnya sekali lagi. Tetapi kali ini, lelaki besar yang berdiri di belakang memegang pinggangnya dan mengangkat dia. Perempuan itu berasa terkejut. Dia berasa marah lalu berkata,


"Kau siapa? Aku tak kenal kau pon. Kenapa kau sesuka hati nak pegang aku??!!"


Lelaki itu senyum lalu berkata,"Cik, selalunya saya akan bersetuju dengan Cik. Tetapi bila Cik unzip zip seluar saya 3 kali, saya dapat rasakan kita ni kawan rapat".

Perempuan itu berasa malu dan masuk dalam bas laju2.

#2 CERITA LAWAK - HARI MALANG

Ada seorang lelaki kesedihan di dalam sebuah bar, memandang minumannya. Dia berkeadaan begitu selama sejam setengah.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki bermasalah duduk di sebelahnya, ambil minuman lelaki sedih tersebut dan meminumnya sampai habis. Lelaki sedih mula menangis. Lalu lelaki bermasalah pun berkata,"Sabarlah kawan, aku cuma bergurau je. Meh aku belanja kau air yang baru. Aku tak boleh la tengok orang lelaki menangis ni".

Lelaki sedih itu berkata,"Hari ni memang hari yang malang bagi aku. Aku bangun lewat dan lambat masuk pejabat. Bos aku marah dan terus pecat aku. Keluar dari pejabat nak ambil kereta, aku tengok kereta aku dah tiada, kena curi. Jadi aku ambil teksi balik ke rumah. Tapi aku tertinggal dompet aku dalam teksi. Duit, kad kredit semua lesap".


"Sampai rumah, aku dapati isteri aku curang dengan seorang pekebun. Aku keluar rumah, datang bar ni. Dan bila aku fikir nak tamatkan riwayat hidup aku, kau datang dan terus minum RACUN aku".

Lelaki bermasalah,"@@~~~"......

#1 CERITA LAWAK - MATA BENGKAK


Seorang lelaki datang untuk bekerja pada hari Isnin pagi dengan dua mata bengkak. Bosnya bertanya apa yang terjadi.

Orang itu menjawab, "Pada hari minggu, saya duduk di belakang seorang wanita yang besar di gereja. Ketika berdiri untuk menyanyikan lagu, saya melihat bahawa gaunnya terselit di celah punggungnya. Jadi saya cuba bersikap baik dan menariknya keluar untuknya. Tiba-tiba, dia berpaling dan menumbuk mata saya. "

Bos bertanya, "Okey, jadi bagaimana kamu dapat yang sebelah lagi??" 


"Ohhh," orang itu berkata, "Saya fikir dia tidak mahu gaunnya keluar, jadi saya menolaknya kembali masuk"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...