TABUNG BELI BMW

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Seharian di KL : Kahwin Kat Titiwangsa, Melepak Kat YOUTH'10

Pagi tadi, dengan tetibenyer, aku wat keputusan nak pergi Kuala Lumpur.... lagipon hari ni, ada wedding dak skolah aku kat KL, so, ada la tujuan aku nak pergi jalan2.... dapat jumpe member lame gak...

sampai KL, member aku teros amik aku and gerak tros g Taman Tasik Titiwangsa... tempat member aku bersanding... giler lah, kat tasik!!!!!

member aku pengantin perempuan tu + ex-skulmate

aku ngn ex-classmate

seronok betol dapat jumpe dorang...last aku dapat jumpe rami2 camni time skolah dulu, sebelom aku pindah n9 time aku form 5.... dah jumpe, macam citer2 bukak...memang best!!!

pas habis masa kat wedding, driver aku ajak gi YOUTH'10 plak... aku pon setuju dengan slamber nyer sebab aku memang nak pergi pon situ... tempat orang muda2...

buku guide diberi kat pintu masok

tiket and pelekat lengan....terbalik lak...adeh~~~

kat YOUTH'10, macam2 benda ada.... pertandingan futsal, dance, menyanyi.... ada gak satu ruang untuk ART... berbakat habes dak2 yang pamer karya dorang... aku ada jumpe artis gak, cam ONE BUCK SHORT, crew FLYFM n HOTFM... jumpe gak nabil...tapi xdapat jumpe YUNA pasal aku nak gerak awal...rugi2~~

tapi yang paling aku suke kat situ, BATTLE OF THE BAND... aku memang suka benda2 camni sebab aku minat muzik and play music as well.... and dorang sume memang berbakat.... biler la aku wat wat performance???single dah banyak da..hahaha~~

band dari cyberjaya (kalo xsilap)....dah macam PARAMORE aku tgk dorang ni...BEST GILER!!!

habes tengok mini konsert ni, balik la!!! pe lagi!!! dalam trek KTM, orang memang dapat..aku lak berpeloh dah macam mandi...menetes-netes...siot tol..panas giler...maleh dah nek KTM pasni ( waktu petang je ek~~hihi)...

 gambar kenangan sebelom pulang~~

BYE3x...

Ekspedisi Kayak Kat Sungai Pahang

Ekspedisi ni berlaku hari Sabtu and Ahad lepas. macam biasa, tujuan aku ikut xpdc ni sebab mengisi kekosongan yang ada. dah ada tempat kosong, sebat je la. semua free, sape tak nak kan. hohoho. kitorang bertolak pukul 2. time tu aku dress up t's biasa + sluar pendek je ngn member aku soran lagi. tapi biler sampai tempat kumpol, hambek ko, sume orang smart. sluar jeans siap kasot. pakai spec mata lagi. adoi~~. korang ni nak pergi KL ke???!!

1st destination kitorang ialah Kampung Belimbing. sebab kampung tu kecik, kitorang dibenarkan lepak kat sekolah kampun belimbing. sekolah ni kecik je. semua benda yang ada kat sekolah ni kecik, sedikit and rendah. murid lebih kurang 20+ orang, bilik darjah 1-6 dalam satu blok, meja dalam kelas paling cikit ada 2. memang kecik and sedikit. patutnya, as da siap2 makan and semayang, petang tu kitorang ada game dengan orang kampung, tapi dikejutkan dengan berita orang mati lemas hilang terus tak jumpa. sungai tu cetek je. penduduk tempatan cakap maybe kene pasir jerlus sebab navy sume da turun, still tak jumpe.
kampung belimbing
konon penat sangat la tu
 bubur kacang is da best!!
pasang khemah ngn dak kampung
bersama dak kampung. suka bermalam kat sekolah tapi selalu ponteng sekolah

keesokan harinya (Ahad), sampai la masa yan ditunggu-tunggu, XPDC kayak Sungai Pahang. oppss. lupa nak bagitaw. kitorang dibahagikan kepada 10 grup. 1 grup ada lima orang and 1 grup dapat 2 kayak je. so, XPDC pada pagi tu aku direhatkan untuk memberi laluan kepada geng2 aku. perjalanan plak tak jaoh, macam dari Gambang pergi Kuantan, 25-30km kot and ada 2 bahagian. disebabkan aku tak kayak pagi tu, kitorang dihantar ke D'Ambang Resort, checkpoint pertama. aku menghabiskan masa kat sana dengan melakukan aktiviti ringan = ZZZZZZ!!!!
senyom2!!
 pakar selam navy. 'punca seseorang itu tak nak kayak ialah hilang minat'. hahaha

aku dikejutkan pada pukol 3 petang. geng aku start kayak 12pm. 3 jam pastu baru sampai. puas aku tido. hahaha. lepas geng2 aku da makan, semayang sume, tiba la saat aku berkayak lak. WOOOO!!!. tak sabar giler beb. partner aku petang tu Din, pakar gak dalam kelab kayak.

siap lalu bawah jambatan lagi

sepanjang perjalanan tu,keje aku asek kayuh paddle je sebab Din da penat pasal dia sambong dari first xdpc tadi. memang best kayak kat sungai pahang. cuaca petang tu lak nyaman je, angin sepoi2 bahasa, ada lak orang kampung bagi support, makin semangat la. lepas 3 jam non-stop paddling, sampai pon destinasi, Paloh Inai. makan2, minum and tak sabar nak tunggu penyampaian hadiah.
'team gua menang'. hihihi
 bersama kayak yang digunakan.

overall, xdpc ni memang best. bermalam kat sekolah, lepak ngn dak kampung, menyusuri sungai pahang. semua tu baru bagi aku. memang tak boleh dapat kat tempat lain. pasni nak FINAL da. so, kene stop kejap aktiviti jalan2 ni. huhuhu.......
BYE2

ps: pasni ada trip gi kelantan lak..hihuhihu...

TRiP To KUaLA LuMPuR : PROJEK KOKEN:- TANDA

untuk memenuhi cuti pendek yang tak seberapa ni, aku join trip ke KL lak. tujuan kali ni untuk tengok teater kat PJLA, selangor.



pukol 12.30pm start la trip aku ke KL. aku pergi dengan member2 kelab teater aku. sampai je sane, Uncle (pakcik drebar bus) drop kitorang kat ONE UTAMA. shoping time!!kedai pertama yang aku singgah, TOPMAN and aku berjaya membuang duet aku untuk membeli black skinny. TAHNIAH!!! janji aku puas hati. huhuhuhu~~



habes shoping and jalan2, Uncle pon amik kitorang. sampai je PJLA, aku teruja habes sebab dapat jumpe senior aku dalam kelab teater. rindu giler kat dorang and perangai giler2 dorang. walopon tak rami yang datang, tapi aku memang enjoy habes.







berbalik kepada 'TANDA', ni merupakan pengalaman yang pertama bagi aku. kalo dulu, aku biasa tengok pementasan dari depan pentas, kali ni aku melihat dari kiri dan kanan pentas. pembawaan cerita juga memang lain dari yang aku pernah tengok. bagi aku, 'TANDA' merupakan cerita yang paling berat pernah aku tengok. susah aku nak tafsirkan mesej yang cuba disampaikan. tapi selepas mengadakan perbincangan yang lanjut dengan hapiz idham (kawan baik dalam kelab teater), baru la aku dapat mesej yang cuba disampaikan. tanda2 hari kiamat - keruntuhan institusi kekeluargaan, pergaduhan, peperangan, seks bebas berleluasa, pencemaran alam sekitar, pemanasan dunia, sikap manusia yang tamak dan leka dengan dunia.



pengalaman baru ni memang sangat bermakna bagi aku. habes pementasan, kitorang pergi makan dan balik. aku sampai U dalam pukol 4am. online kejap and tido..............

citer aku tak habes kat cini. pagi tu, kol 7.30am, member aku kejot bangon tido. ade perarakan maulidur rasul. and aku join perarakan tu. perarakan maulidur rasul kali ni memang bermakna sebab fakulti aku menang perarakan dan banner terbaek. walopon aku join untok memenuhi kuota, tapi fakulti aku menang beb.





minggu ni aku memang banyak pergi jalan2. besok kuliah da nak start da. mood study plak. ENJOY2 gak, STUDY jangan lupe!!! hehehehe
(^_^)

TRiP To cHeRaTiNG

semalam, hari khamis, aku skip kelas 1 hari sebab malas nyer pasal. sebab da tak tahu nak watpe, member aku ajak gi camping kat cherating sebab da lame plan nak wat, cume takde mase je. so, after kumpol member, kitorang pon gerak dalam pukol 8.30 malam.

1st, kitorang singgah GIANT. shopping time!!! dengan duet perbelanjaan yang banyak, kitorang pon shoping sakan gak a. dapat la ikan 2 kilo, ayam 24 ketol, daging burger, ketam, and hotdog. tak lupe gak chekedis dan air. total = rm120++. cukop la untok 9 orang makan. after settle shoping, mula la perjalanan ke cherating.



sebelom sampai cherating, kitorang singgah masjid jap tok sembahyang and perap ayam. time ni la kawan2 aku menggunakan skill yang dorang ade untok perap ayam. bancoh sume serbok, letak dalam plastik, ikat, and simpan dalam box. SETTLE!!

kitorang sampai cherating dalam kol 1.30 pagi. ingat tempat tu gelap. tapi, sampai2 je, punyelah sonok sebab ade lampu kat sane. dengan semangat nyer, mule lah aktiviti memasang khemah and memanggang. kitorang bukan setakat memanggang ikan, ayam and hotdog, tapi siap goreng ikan skali. memang pengalaman baru bagi aku. gi camping masak ikan goreng.




malam tu tak banyak aktiviti yang dibuat, cume maen bola and kaco orang yang tengah berdua-duaan. padan muke korang!!! hahaha. cuaca malam tu memang sejok and senyap. da lame aku tak rase camtu. aman je rase.




bangon pagi, aku tros sentap roti ngan sardin yang member aku masak. sedap tol makan ramai2 dengan member. seronok habes. time kat cherating, aku tak gi mandi laot sebab malas giler. mase aku banyak dihabiskan untok tido.





trip yang dirancang tibe2 ni memang berbaloi. takde la bosan aku dok kat U ni. pasni, kitorang rancang nak gi camping lagi. tapi tak taw la katne. pangkor??bekelah??mane2 la. aku ikot je. sape nak ikot aku????!!!







makin gelap aku yang da sedia gelap ni. hahaha

Sehari Di KUala LumPur

SELAMAT TAHUN BARU CINA. walaupon aku tak celebrate rayer ni, aku saja nak wish pada member aku yang menyambot rayer cina ni. cuti kali ni aku balik rumah selepas di'brainwash' oleh housemate aku. malas betol nak balik. tapi, aku pon da lame tak balik rumah, rindu lak kat mak bapak. trimas housemate sebab 'galakan' korang tu.

macam biasa, aku akan turun kuala lumpur @ KL sebelom balik rumah. rumah aku kat seremban, dekat2 dengan stadium paroi. tu pon kalo korang taw la stadium tu katne. aku gerak KL nek kete housemate aku. kitorang gerak 3 buah kereta. sampai KL, lepas letak barang kat rumah nenek shawal (driver aku), kitorang g makan.



1st destination, RESTORAN SATE KAJANG HJ SAMURI. da lame beb aku tak makan sate. sebab terlalu lapar, kitorang order sebanyak 150++ sate ayam, plus sate perot and sate ikan. memang puas hati giler makan. aku dapat la 20 cucok tok perot aku yang kecik ni. tapi ade sdikit kecewa sebab takde sate daging pasal lambat sangat datang, kol 12 tgh mlam. dah nak tutop pon.



habis makan, kitorang pergi Danau Mahkota ( btol x??), UPTOWN. ni 1st time aku gi sane. memang teruja habis. giler la, besar btol tempat tu. macam2 barang ade. aku ingat nak amik CROCS sebijik. tapi duit lak tak cukop. kalo beli, sah2 aku tak balik umah esok pagi. memang puas hati kat citu. murah and banyak pilihan. tapi aku minat lagi bundle kat pasar malam kuantan. hahaha.



selepas 2jam jalan2 kat citu, kitorang pon balik umah nenek shawal tok tido. bangon pagi, pas da siap2 sarapan, kitorang gerak lagi. kali ni nak hantar member balik lak. habis je hantar member, aku, shawal, mon dengan nizam pergi umah KHAIRUL RABANI @ BANI. bani ni member aku dalam kelab teater. kitorang memang kawan baik. walopon bukan slalu ade kelas teater, tapi memang 'ngam' la. bani baru pas accident. kaki patah. muka and tangan ade calar2 cikit. tapi bersyukor sangat sebab dia selamat. lame gak kitorang dok umah bani, sampai makan skali kat rumah dia. hihihi. terima kasih banyak2 kepada family bani.



pas lawat bani, shawal hantar aku kat KTM KAJANG. aku nak balik rumah da. lain kali turun KL lagi. nak gi shoping lak. walopon sehari je aku kat KL, tapi memang letih giler. berjalan je keje. tapi yang penting KITA ENJOY!!!!.

p/s: pada kawan2 sume, bani kirim salam. cepat2 la datang rumah dia kalo ade kesempatan, dia rindu sangat tu. hihihi.....

SENANDIKA GOES K.LUMPUR AND P.PINANG

Akhirnya, trip yg aku nanti-nantikan da tibe...ktrg bergerak dari ump kol 3 lebih...tp sebelom nk gerak, aku xsiap pack barang lg...mmg berserabot pale otak..bani plak da penin nk g k xnk sebab d jadi facilitator...puas aku ngn hapiz ugot, g gak....hahaha...

Tepat kol 3, Lan dtg amik ktrg...tros g bus stop...syidek pon da settle bus...so, ktrg tros nek bus...atas bus, yuyun da tye aku dak2 ni xdtg k??(daoz, lan,bad ngn rani)....aku ckp dorg kompom dtg nyer...tp cuak gak...takot tbe2 dorg xjd g lak...tp nsb aku bek sebab dorg datang...pas da cukop sume member, ktrg pon bertolak menuju 1st destination...KUALA LUMPUR....

Atas bus, mcm2 ktrg wat tok hlgkn boring...aku men gitar...dak2 len sembang...ade gak tido...pastu cm da lame wt keje masing2, ktrg men BU BES CHI PANG...kali ktrg men bes cikit...sape kalah kne makan twisties WASABI...perghhh...rase d mcm 'tuuutttuuuttttt'.......dlm game 2, sume kene makan...tp sape yg kalah awal bes cikit sebab dos twisties cikit j....plg bes skali aku tgk BAD ngn BANI mkn kopok 2...bani sampai da menetes air mate...da la kne mkn byk...bad lak da berpeloh-peloh....hahaha...memang lawak giler...aku pon kene gak...tp sebab aku da pena makan dulu, so, xd rase sgt la....

Sampai KL, ktrg tros g Panggung Bandaraya...dekat ngn Dataran Merdeka....1st impression aku...'GEMPAK GILER SIOT BUSANA DORG'....jage pintu pon bju smart giler...perghhh...siap bagi poster lagi 2....respek2....da la flyers paki hard paper...ktrg paki A4 bese j...hhuhuu...jao giler beza....pasni aku nk tgk prop dorg lak...aku harap gempak giler....masok2, ktrg tros dok row 2nd depan....nk tgu show, ktrg disajikan ngn persembahan nyanyian oleh dak ASWARA(yg wat show haritu)....7 beb!!!sampai bosan aku tgu...akhirnya, dorg start dorg nyer show...hbs j tirai 2 nek, aku rase hampe giler...la, cmni j ke prop dorg....xmcm yg aku pk...mmg kecewa...ktrg pon bole wat cm2...tp, yg gempak still dorg nyer busana...COLOURFUL....pelakon lak mmg mantap...citer ringkas...xd bosan cm sebelom ni...settle kt KL, ktrg tros bergerak menuju P.Pinang....

Ktrg gerak g P.Pinang tgh mlm...sepnjg perjalanan, x byk aktiviti....aku plak wat2 tido...sebab aku cm mls giler time 2....tgh pura2 tido, daoz, rani, eqa ngn hapiz bole bantai men nyanyi kt tempat aku...lame giler dorg nyanyi...last2...aku wt2 bgn...hahaha....amik gitar...men lagu...nyanyi sorg2....pastu aku smbg tido balik...sedar2, ktrg da sampai kt R&R Bukit Merah...ktrg amik kesemptn tok semayang ngn breakfast...dak pompan lak g mandi...dak laki igt nk mandi skali...tp tbe2, ade plak ura2 kate air cm xd...xp la...bek wa gosok gigi ngn basoh muke lu....bru nmpk 'cool'.....pagi 2 aku mkn bihun sup...nk blik plak aku bli chipster tok mkn dlm bus....perjalanan diteroskan...

Dalam bus, ktrg sume da brangan cm artis...aku mmg merepek j dlm bus 2...mmg klakar...tp cume 'meet uncle hussein' (bani,amin,hapiz) j x join ktrg sbb tido nyenyak giler...byk show agknyer....huhhuhu....da dekat ngn jambatan p.pinang, aku kejot meet uncle hussein...xkn mende bes cm2 xajk member skali kot...panjg gak jambatan p.pinang....aku pon cm bru 1st time lalu...kagom gak a....pastu, pakcik drebar hntr ktrg g queensbay....sampai citu, dak laki+syidek tros g toilet...da mcm skuad penghapos bom ade gak aku tgk...sampai toilet, aku tros mandi...semapt gak a ktrg meraban dlam 2...lantok ko la org kat lua.... aku nk mandi...settle mandi, bad wat sesuatu sampai kantoi ngn makcik cleaner...d keringkn rambot gune pengering tgn...mmg lawak giler....makcik 2 pon mcm terkedu j....settle j sume 2, ktrg pon ready tok shoping....

Dalam bus, mcm2 aku pk nk bli...biler sampai tempat 2, aku mcm xd selera nk shoping...mgkn mahal sgt kot...walopon ade sale, aku tetap x minat...nk g bundle gak...kt citu, syidek la yg mcm bes j shoping aku tgk...siap bli beg tgn kecik...aku xtw nk eja omputih mende 2...tp ade bunyi cm 'clutch' moto...hahaha....kt citu, aku mkn hot plate...mmg sedap...pastu yuyun kasi aku rase todayaki...1st time mkn...sedap gak....settle sume, ktrg pon gerak g masjid pahang....besa beb...lawa lak 2...aku amik kesempatan tok charge hp....hari 2, p.pinang asyik hujan j...tensen tol...byk aktiviti yg dirancg terbantot....sampai nk tgk teater oleh geng kak nyda pon ktrg xbole tgk sebab jln naik air...sume rase kecewa giler....aku pon mmg cm hampeh da time 2...da la dtg dari jao nk tgk teater, tibe2 xbole plak...sape x bgg....2 sume kuase Allah...ktrg merancg j...Dia yg menentukan....

Pakcik bus time plak cm bek hati j...d stop ktrg kat Kompleks Bukit Jambul (kalo x silap)....dak2 ni sume da hepi....nsb bek kt citu ade karok ngn boling...bes ckt...mule2 ktrg karok lu...tp karok box...xbes sgt...aku pon xnyanyi time 2....g jln2 jap...kompleks 2 mmg pelik...1st time aku tgk cinema kosong...xd org...da mcm tempat hantu....ade pekerja ngn bau popcorn j...tempat game pon same...kosong...xd org langsong....hbs karok...g boling....sampai2 j tgk dak2 ni da men...mmg down giler....sume sebab masalh teknikal...salah hntr msj....msj xsend...adoi....tp nsb bek bole men 2nd game...ktrg split 2...aku,bani,bad,yuyun,fifi,eqa ngn amin 1 geng....aku pon men cm sial j time 2...da la lane 2 x stabil giler...xd minyak....pin ringan....bole lame...kecewa beb...tp still, grup ktrg mng....

Hbs seronok, ktrg pon gerak balik...time 2 tgh mlm...jangke sampai gambang dlm kol 11...dlm bus sume tido...penat....sedar2 da sampai genting sempah(btol k aku eja??)....semayang suboh...mkn...settle 2, sambong balik perjalanan...tido lagi...sedar2 da sampai tol gambang...akhirnya...sampai pon U aku...nek kematu dlam bus...bosan giler....

Sepanjang trip 2, ade mase hepi, ade mase bosan...tp still enjoy sebab ktrg dpt hangout same2...pasni mgkn da xbole sebab masing2 busy ngn kls, assignment....at least, selagi ade mase, kiter enjoy lu....WAWAWAWA.......


MySpaceMySpaceMySpaceMySpace

kecewa giler sebab xsempat g kedai bundle...huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...