Pe kaitan nama2 kat atas ni dengan aku??? sebenarnya, dorang semua ni kawan baik aku. dulu kecik2, kitorang selalu main guli samaand opkos la aku selalu menang sebab dorang tak pernah main guli pon. hahaha.
cukop la aku nak mengarut. actually, aku baru je pas tengok FIA Formula 1 hari ahad tu. and that was my 1st experience going to Sepang. teruja habis wei!!! aku macam biasa mengisi kekosongan yang ada time trip kali ni. ada ruang kosong, sumbat je. rugi lak kalo tak ikot. sampai je sana teros gi tengok pameran kereta.
Proton Neo Racing Edition
Lotus Exige. Lawa giler!!!
Gempak Habis!!
Helicopter Lintas Langsung.
Keadaan Grand Stand dari Jaoh
aku masok litar pukol 2, sedangkan perlumbaan start pukol 4. 2 jam beb melangok dalam tu. da la panas lak tu. makanan da mahal. satay 6 cucok = rm 20.gilo la. memang tak makan aku dudok dalam tu. naseb baik member ada seludup roti ngan air ( DILARANG MEMBAWA MAKANAN LUAR!!). tunggu nyer tunggu, racing start. habis adrenalin aku melimpah limpah tengok kereta amik selekoh, bawak laju2. paling best skali tengok dorang drop gear, MELETOP LETOP!!
Tiket F1 aku. sekeping harga rm600 untuk 2 hari. giler la mahal.
'Redbull'
'Petronas' wei!!!
'Lotus Malaysia'
Ni 'Philips' kot??? tak ingat lak.
memang sonok giler tengok F1 ni. 1st 10 laps, mata aku memang meliar tengok kereta laju2 ni. masuk laps selepas tu, bunyi bising F1 dah macam nyanyian tidur lak. mengantuk habis. tapi sebab peluang tak selalu datang, aku gagahkan gak mata untuk stay sampai habis.
Senyum cikit. hehehe. muka minyak habis sebab kene asap F1. caples...
My friend and I. boleh lak sorang tu bantai tido. penat sangat la tu.
aku dengan Mr. 'Running Redbull'. habis race je, teros berlari 1 arena sebab Redbull menang. Fanatik habis beb.
race habis pukol 6. so, aku on gerak la gi luar litar. sebelom nak balik, sempat gak jalan2 tengok pameran yang ada kat situ. macam ada. tapi sebab dah penat sangat, malas dah nak tengok.
kesian member aku 3 orang ni. kene tunggu bus panas2. aku lak blur.....NAPE???
nak balik naik moto ke???
nak balik naik kereta??? last2 aku naik bus gak.jimat duit minyak. hahaha
ps: kecewa sebab tak datang amik gambar ngan gadis litar. pasni ade GP moto lak. tak sabar nak gi Sepang lagi. VROOMMMM!!!!!