TABUNG BELI BMW

Showing posts with label Merepak. Show all posts
Showing posts with label Merepak. Show all posts

BIL TELEFON PALING MAHAL

Hari ni mak aku baru dapat bil dari Maxis....Buka je sampul surat mak aku terkejot tengok bil tu!!!!

'TAKDE NYER NAK BAYAR BIL NI'

aku pon pelik gak...apsal mak aku taknak bayar....aku amik bil tu, ngan aku skali terkejot....

WATTHECHUCK!!!!


ingatkan RM120.50...ataupon RM 351.75....skali RM0.35!!!!!!

memang harapan la nak bayar...

kalo korang jadi aku, korang nak bayar xbil tu???

Kisah Stokin.....

STOKIN...satu mende yang tiap2 hari, atau seminggu 5 atau xkire la bape kali pon orang gune.... Perkataan stokin berasal dari perkataan soccus dalam bahasa Latin.....

Kali ni aku bukan nak cerita pasal sejarah stokin tapi nak ceita pe kegunaan stokin.... walopon korang dah aku, aku nak cerita gak... huahuahua....

1. KESIHATAN

Seperti semua orang tahu, kita pakai stokin untuk lindung kaki dari melecet.... kalo xpakai stokin, memang kaki rase xselesa.... 

2. SIMPAN HADIAH

Stokin digunakan secara meluas mase hari Krismas... time ni, budak2 sibok gantong stokin dengan harapan biler bangon tidor esoknya ada hadiah yan Santa Claus bagi... tapi bila dorang bangon tido, dorang tros pegi bawah pokok Krismas bukak hadiah...so, pe gunanya stokin!!!???hahaha

3. PERMAINAN

Stokin digunakan untok membuat 'puppet socks'.... time kecik2 lu, aku pon suka gak wat mende ni.... sebab xmampu nak beli mainan...sob3x~~.... 

4. BOWLING

sukan yang aku suka main.... kalo kat tempat aku, stokin memang wajib dipakai... kalo x, korang xboleh men bowling...lagi 1, kalo dorang bagi men boling xpakai stokin skalipon, aku tetap nak pakai sebab nak lindung kaki dari kasot boling yang BUSUK!!!!

ni antara sebab kenapa orang guna stokin.... tapi bagi aku, aku guna stokin sebab len... sebab aku guna stokin ialah sebab ianya......

COLOURFUL!!!!

cuba tengok stokin aku.... macam2 kaler ade.... aku memang suka kumpol stokin len2 colour lagi jenama RENOMA... tiap2 hari tukar!!!! AKU SAYANG STOKIN AKU!!!!!....hahaha


KALAU TAK BOLEH BELI, KITA CURI!!


selalu kita dengar orang cakap, 'kebahagian tak boleh dibeli'...
so, kalau tak boleh beli, kita 'curi' la..senang, habis citer...

camne???
banyak cara....

'curi' kebahagian kengkawan dengan bersama, berkongsi dengan mereka...
'curi' kebahagian family dengan menyayangi dan menjaga mereka....
'curi' kebahagian pasangan anda dengan mengambil berat and love him/her to the fullest...

cara lain...

'curi' dengan menggunakan jenaka...
'curi' dengan bakat...
'curi' dengan personaliti...

banyak lagi....
cuma kene fikir je camne...

pelah aku merepek pepagi ni....
hope, korang dapat lah something dari ayat orang ngantok ni...

BYE3...

ps: 'curi'lah sebanyak mana yang mungkin sebelum kita tak boleh men'curi' dah...

Kenapa Aku Tak Matang2 Lagi????

matang, matang, matang... perkataan yang selalu aku dengar setiap aku umur aku naik... so, apa mende matang ni???matang bermaksud....wat susah aku je... korang gi je google, cari sendiri... maleh nak terang2 ni....

so, ape penting nyer MATANG ni??? perlu sangat ke dalam hidop?? ermm..senang citer, matang or kematangan memang penting dalam hidop... seseorang yang matang akan berfikiran jaoh... orang matang juga berfikir sebelom bertindak, bukan bertindak sebelom berfikir... kematangan juga memberi impresi pada orang lain... orang yang matang selalu dianggap boleh wat kerja dengan baik, pemikir yang bagos dan mempunyai perancangan yang jelas... dorang boleh pegang amanah, bertanggongjawab, bla, bla, bla.....

so, berbalik pada tajok entri aku... nape aku tak matang2 lagi walopon aku tahu mende tu penting... jawapan dia simple je... AKU TAK BERSEDIA... walopon umor aku 21 tahon, pemikiran aku macam budak2 lagi... aku still paki baju karton bila kua jalan2... aku suka beli happy meal sebab nak mainan free... aku jenis yang ambil mudah untok semua mende yang aku buat... kalo aku makan tak habis, aku just buang je yang lebih... tak guna nak simpan... and kalo makanan aku order dah sejok, aku just tinggalkan atau campak dalam tong sampah walopon tak usik lagi...

bagi aku, nape kita nak susahkan diri dengan perkara yang remeh-temeh??? tak suka, buang teros... tak minat, tinggal je... orang selalu cakap,'umor dah naik, aku kene matang ni'... satu mende je aku nak cakap kat orang  camni, DONT TALK BULLSHIT!! korang ingat nak matang tu macam makan nasi ke... kalo ada prob sikit nak nanges, ada hal cikit kecik nak ngadu, lupakan je la... baik ko jadi macam aku je... sedangkan buah pon ambil masa nak 'matang', ni kan kita plak..baru nek setapak, dah pikir macam2...

semuanya bergantong kepada pemikiran, keadaan sekeliling dan pengalaman yang menyumbang pada
'MATANG' ni... kalo ko rasa ko tak suka cara hidop sekarang and nak berubah, just move on!!! xyah nak tunggu pendapat orang lain... and kalo ko rasa cara hidop ko sekarang da bagos, just carry on sebab tu yang buat korang happy....

aku pon xtaw nape aku nak merepek pasal mende ni...maybe sebab dah bosan dengar orang cakap... tengok orang yang berusaha nak 'matang' tapi tak matang2... apa yang aku tulis ni ialah apa yang aku rasa... and korang mungkin xsetuju ngn kata2 aku... lain orang, lain rasa... and kalo korang nak kutuk ke, puji ke, tulis je sebab aku xkisah pon... aku suka dengan cara hidop aku sekarang, and seperti orang normal biasa gak, aku akan sampai ke tahap 'kematangan' aku, cuma bukan sekarang...

BYE3x...

Bluerrrkkk!!!!!!

Selamat kembali dalam segmen 'WATTHECHUCK', segmen yang menampilkan pelbagai kejadian aneh dan pelik di seluruh dunia. 

Baru2 ni, dunia dikejutkan dengan kejadian muntah memuntah di seluruh dunia and di sini disertakan gambar dan temubual bersama pemuntah yang terlibat.

'saya tengah minum air sirap, tetiba  kawan saya datang tunjuk  sekeping gambar awek. awek tu bole tahan gak. tapi saya tak tahu nape saya muntah'.

'aku tengah tidor. time tido tu aku mimpi jumpe awek paki selendang. aku dekat la kat awek tu. sekali aku selak selendang dia, hamek ko,lawanyer. aku teros tersedar lalu muntah'. 
'gua jatoh cinta dengan sorang awek ni. tapi gua xpernah jumpe pon, tengok gambar je. tiap kali tengok gambar dia, gua mesti muntah. tolonglah, gua nak jumpe dia.'

anjing ni tengah online time ia bukak satu web awek comel lalu muntah pas melihat sekeping gambar. 'Wooff,woooffff, wofff, woooffff, miawww', kata anjing tersebut. 


'................................................,'  korang nak harapkan jawapan ape dari sebijik LABU!!!!

ni sume pasal sekeping gambar. gambar seorang awek yang.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
'gaga ulala...gaga ulala... lalalala bad romance. eh, ape salah I'.

kesian tol mangsa yang terlibat. harap dorang semua dapat blik semangat yang dah hilang tu. semoga berjumpa lagi dalam segmen 'WATTHECHUCK' yang seterusnya. BYE2...

p/s: tensen pas study.......

Hari Yang Macam-Macam

dah lama aku tak update blog aku yang bersawang ni. time ni la baru ada masa nak cuci cikit.

seperti biasa, pagi ni aku ada kelas matematik bersama puan ezrinda. kelas start pukul 8. aku bangun awal untuk meng'OFF' alarm handphone. 'BISING LA WEI, ORANG NAK TIDO', marah aku pada alarm itu di dalam hati. tutup alarm terus aku sambung tidur (memang kantoi la aku langgar sembahyang subuh). aku sedar balik dalam pukul 7.30am. aku tengok kiri. member aku tidur lagi, OK. aku pergi bilik member lain lak. semua terbongkang. apsal semua tidur lagi ni?? takde kelas math ke?? so, aku dengan rasa yakin membuat kesimpulan pagi tu takde kelas math (padahal memang dah rancang taknak pergi). SORI PUAN EZRINDA!!. then, aku sambung tidur lagi.



jam tunjuk pukul 9.30am bila aku sedar. dah malas aa nak sambung tidur. tangan aku terus je capai mouse laptop yang ada kat sebelah aku. online jap. bukak facebook, tengok blog, baca komik. rutin harian aku pas bangun tidur. sedar2 jam da pukul 11.30am. 2jam beb!! macam tak rasa mende. tetibe member aku ajak pergi makan and kompleks sukan. ada urusan cikit. aku pon bangun la dari tilam busuk aku menuju bilik air. sedang aku nak letak barang mandi aku, aku ternampak mende berlengkar dalam toilet. 'PUNDEK!!!SAPE BERAK TAK FLUSH NI', habis sekuat hati aku jerit. nasib baik ada orang mengaku. kalau tak, memang aku tolong flushkan.hahahaha


siap mandi, terus ambil kunci motor gi kompleks sukan. dalam perjalanan tu, tetibe, hujan lak. singgah kafe dulu makan. menu aku hari ni :- nasi putih, sup, tauhu cina, telur, sambal belacan cikit dengan air sirap. total RM3.30. habis makan, gerak pergi kompleks. dalam kompleks sukan ada studio. dah lama aku tak masuk studio semenjak takde latihan ni. rindu sangat nak masuk studio nak main gitar letrik sambil bukak amp kuat2. takpela. lain kali boleh. lama lagi kot aku kat cini. settle urusan, pe lagi, balik rumah aa!!!

malam ni aku ada test. tapi malas gila nak study. duduk baring sambil online sambil borak2. tetibe, member aku bukak topik perbincangan yang menarik. tak bole bagi taw la tajok tu sebab sensored. lama gak la kitorang berbincang. sebab dah bosan sangat, aku masuk bilik amik tabung kecik aku. 'nak kira duit dalam tabung la', hati ku keriangan seperti dak kecik dapat baju BEN 10. seronok gak tengok duit banyak2 dalam tabong. sepose, dopsen, tigaposen.......rm2.40,rm2.50,.....rm10.60,rm10.70....rm30.90,rm40.....rm54.10, rm54.20. WOW!!banyak gak hasil simpanan. simpan takde la lama sangat. baru 2 bulan. ni la hasil bila kita rajin wat roomwalking kat bilik member2. jumpe syiling, masuk tabung. nampak syiling sepah, masuk tabung. hahahaha. kayo pakcik.


patut nya hari ni aku ada presentation BI. tapi sebab kawan aku ada kawan yang baik, aku dapat buat hari jumaat. hohoho. ada masa lagi nak hafal text aku. text pasal cinta. nanti aku update pasal presentation aku. sebab dah takde mende nak buat pas kire duit tabung, aku sambung tidur lagi. sedar2, dah maghrib pon. aku kene siap2 nak gi test. pencil, pen, pembaris, pemadam, kalkulator, toyol sume da lengkap. kali ni, aku ambil test dalam keadaan yang kurang best. mesyuarat xdapat dijalankan sebab semua duduk jaoh2. huhuhu. so, segala aktiviti pencetakan, penyalinan dan perbincangan tergendala. walaupon begitu, aku rasa aku dah buat yang terbaik time test tadi. hohoho.



habis test, aku dengan kengkawan gi makan2 minum. menu aku malam ni: nasi putih, sup kosong (xdapat), telo dadar, timon, sambal belacan, paprik daging, burger daging dengan air kosong. simple2 je. janji perot kenyang. habis makan, cam biasa la, borak2, hisap rokok, tengok tv, tengok orang.


camtu la hari aku yang macam2 berlalu. walopon x macam2 mende yang berlaku, tapi aku rasa macam full dengan aktiviti je harini. hohoho. panjang lak aku tulis. maybe sebab dah lama sangat tak menulis kot. dah la banyak hutang tertunggak ni. dengan tag la, award, update lawatan. macam2 wo. bila la aku nak cari masa nak buat semua tu. huhuhuhu~~~

p/s: aku rasa happy giler 2-3 hari ni walopon test, assignment, kuiz berlambak lambak.

Love Is More Powerful Than Hate

Hate invites loneliness, whereas love denies it. 
Hate ruins personality, whereas love builds ego identity. 
Hate results in acts of violence, whereas love leads to amazing acts of kindness. 
Hate destroys, whereas love creates. 
Hate is war, whereas love is peace. 
Hate is bad, whereas love is good. 
Hate is revenge, whereas love is construction. 
Hate is meaningless, whereas love is meaningful. 
It is impossible "to love to hate". It is always "love" that gives birth to "love". That's why love is more powerful than hate.


Discover your powers. 
Discover love in yourselves. 
Be sure you're more powerful to love than to hate. 
Keep love inside, and all will be always fine.


ps: ayat2 ni aku dapat dari sebuah artikel yang akan aku guna untuk presentation aku nanti. WISH ME LUCK!!!

10 HiDaNgAn McD YaNg PeLiK

tadi tengah aku online, aku jumpe 1 artikel menarik pasal 10 hidangan McD yang takde yang tempat asal dier, California, Amerika and aku ingat nak kongsi ngan korang.

1. McLobster



McLobster ini hanya terdapat di Maritimes Provinces (Canada) and Maine (England). Lobster @ udang karang ni dihiris isi dier and diletak kat roti panjang. letak sikit sayor and mayonis. kat Peranis, McLobster dikenali sebagai McHomard. bapo la harge McLobster ni???


2. Vegeterian Burgers: McVeggie and McAloo Tiki



Kat India, menjual daging lembu adalah dilarang sebab atas dasar agama. jadi, dengan bijaknya, McD India memperkenalkan dua veggie burger untuk pasaran dorang. McAloo dibuat dengan menggunakan roti burger biasa, kentang pedas yang rangup, salad, tomato mayonis tanpa telor, tomato and bawang. McTiki same gak macam McAloo, tapi menggunakan sayor campor, kacang pea, spices, and veg mayonis. pela rase makan burger dengan kacang pea???ermmm~~~


3. Shrimp Burger



Pada tahon 2002, McD mengalami kerugian akibat penyakit lembu giler. So, McD memperkenal Shrimp burger pada tahon 2005 (lame tu) dan burger ni terdapat kat Jepon je. huhuhu. nape la tak sampai Malaysia??


4. McKebab



terdapat di Israel dan Argentina. Dua negara ni gak merupakan tempat dimana burger McD dipanggang. macam sedap je makan burger panggang ni..



5. Beef Fan-Tastic



burger ini amat unik di singapore kerana perkataan 'Fan' bermaksod beras dalam bahasa mandarin. cara nak wat: hirisan daging, bawang yang di'grill', salad, dan kubis merah diantara dua keping 'white rice patties' yang dipanggang. nak suroh mak aku wat la. burger nasik!!


6. Kiwiburger



burger McD ni terdapat kat New Zeland je sebab bahan2 yang digunakan tak terdapat kat tempat lain. kat New Zealand je ade. antara bahan2 yang digunakan tok wat burger ni: telor Farmer Brown, Wattie's Beetroot (macam sayor), 100% daging burger asli, keju Mainland, salad, bawang, sos tomato dan mustard. Kat malaysia kita ade bubur ayam McD. bole dibanggakan pe.


7. Gazpacho Alvalle



Gazpacho ni ialah sup sayor dengan tomata Sepanyol sebagai asas yang dihidangkan dalam bekas plastik. dijual biler musim panas sebab rasenya yang menyegarkan. argghh!!sup tomato!!!


8. Shake Shake Fries



Dijual kat HongKong dan hanya terdapat pada mase2 tertentu setiap tahon. menawarkan rase2 yang berlainan termasok rumpai laot, bawang Perancis, garam dan lada hitam.


9. McArabi Chicken



hidangan ni amat popular kat arab. kalo kat malaysia, burger ni lebey kurang macam 'grilled chicken foldover'.


10. McPinto



McDonald Costa Rica menawarkan hidangan tradisional kat menu dorang, McPinto: nasi dan kacang hitan yang dihidang bersama telor hancor dan krim masam. biler la McD Malaysia nak wat McLaksa ke, McKerabu ke. ermm~~

tula antara 10 hidangan McD yang hanya terdapat kat negara tertentu. sume info ni aku dapat kat www.oddee.com. macam2 ada!!

ApE Aku NaK BuAT HaRi NiE????

hari ni kelas aku start pukol 8am. cam biasa, aku bangun pukol 7.30am. walopon member aku da kejot bangon subuh, tapi 'syaiton' yang bergantong kat mata ni kuat sangat. so,dengan sengaja, aku dah menambah catatan burok kat bahu aku ni.

sebab kelas pagi ni sejam je, aku gi kelas sesimple habis. t's + sweater + suar jeans+ selipar+ homemade beg aku. kalo tak, mesti nak berbaju kolar, kasot, stokin dengan jaket lagi. adoi, serabot tol. aku siap dalam kol 7.55am. ade lagi 5 minint sebelom kelas start. lec aku ada cakap, kalo lambat 10 minit, tak bole masok.takpe ade ade 15min lagi. tapi, malang tol pagi tu, moto da la takde, helmet pon takde gak. nak gi kelas camne. tak larat pakcik nak nek beskal.

naseb aku agak baek pagi tu, member aku kasi tumpang gi kelas. tq banyak. sampai blok kuliah, aku mela la cari kelas. bukak pintu, gelap!! bukak pintu, salah kelas. bukak pintu, tak bole pasal kunci. adoi~~. aku tak jumpe kelas aku. gi blok lain. same gak. tak dop. da start menyumpah da time tu. calling classmate. 'kelas takde harini. tapi kene gi bilik lec amik paper'. memang rase nak 'ciom' orang da time tu.

sampai bilik lec, member aku bagi paper test aku. wow!!! mark yang amat bagos skali. tak sia2 study last minit. pastu aku balik umah. online jap. jalan2 kat blog orang laen. then aku blur. ape aku nak wat pagi ni????arghh!!!! bosan. study memang jao skali. tido cam mls lak.

so aku ingat nak wat mende ni:
1) gi bandar cari barang keperluan
2) gi kedai muzik tuka tali gitar
3) Makan kat MAK UDA
4) sambong tengok anime
5) nak jalan2 kat blog orang lain..

tak taw la bole wat ke tak. rancang je. Tuhan yang menentukan. harap hari ni takde la bosan sangat. boring da asek bosan2 ni. harap korang sume pon ade hari yang baek hari ni. ENJOY N SMILEE!!!!
(^_^)

JOm MaEn BowLinG!!!

cuti ni masa aku banyak dihabiskan kat umah. naik kematu kepale otak. bosan giler beb. kalo aku taw, bek aku duduk U j, same gak feel tu. so, nak hilangkan boring, member aku ajak aku pergi main boling. lame giler tak main boling. kalo tak salah aku, last time aku main kat pulau pinang. ade trip kat sane dengan dak kelab aku. memang best kalo dapat main boling ramai2.



sebab tengah bosan ni, aku nak citer cikit pe yang perlu biler nak main boling. 1st skali, mesti la kene ade tempat nak men kan. kalo tak, nak men ktne lagi. aku bese men kat seremban parade, N9 sebab tempat ni je la yang paling dekat dengan umah aku and best.



2nd, nak main boling, mesti ade bola boling. kalo takde bola boling, camne nak men. takkan nak lempar pin nak kasot lak. hahaha. bola boling ade macam2 saiz bergantong kepada si pengguna. lagi best kalo ade bola sendiri sebab saiz lubang bola boling tu da ngam2 dengan jari korang. baru bole perform cikit.



3rd, nak main boling kene pakai kasot. kalo takde kasot, nant pekerja kat boling tak bagi main. sebab nape kene paki kasot aku tak taw. aku pernah je paki slipar, tapi kene sound pastu. adus~~. jangan lupe pakai stokin. ade orang sesetengah orang tak suke pakai stokin. tapi aku tak bole. tak sanggop aku nak kongsi bau kaki orang lain biler paki kasot boling.

biler sume mende asas ni da ade, baru la bole main. kalo nak main, ajak member ramai2. kompom best main. pastu lawan lak sape paling terer. memang bersunggoh la main. aku pon da lame tak main, so, score aku takde la tinggi mane pon.



so, as the conclusion, cuti yang tinggal ni, ajak la family, kawan2, sedara mara or atok nenek sekalipon gi main boling. memang best. takde la bosan sangat time cuti2 ni. janji kita enjoy and hepi. (^_^)

ApEkAh WaRnA AnDa??????

hari ni aku baru baca 1 artikel melibatkan warna dan kita. and aku nak kongsi cikit dari ape yang aku baca. dari warna kegemaran, kita bole tahu keperibadian kita. betol ke tak aku tak tahu. jangan lak korang cayer plak sume ni. aku saje2 nak kongsi mende yang aku baca tadi.




Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang disekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.

Perak
ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walaubagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati sidia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!



panjang lak ai. hahaha. ni sebab aku copy paste je ni. korang bukan nak baca sume pon kan. just pilih warna kegemaran je. warna kegemaran aku hitam.hohohoho!!!so, ape warna anda????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...