TABUNG BELI BMW

Hari Yang Macam-Macam

dah lama aku tak update blog aku yang bersawang ni. time ni la baru ada masa nak cuci cikit.

seperti biasa, pagi ni aku ada kelas matematik bersama puan ezrinda. kelas start pukul 8. aku bangun awal untuk meng'OFF' alarm handphone. 'BISING LA WEI, ORANG NAK TIDO', marah aku pada alarm itu di dalam hati. tutup alarm terus aku sambung tidur (memang kantoi la aku langgar sembahyang subuh). aku sedar balik dalam pukul 7.30am. aku tengok kiri. member aku tidur lagi, OK. aku pergi bilik member lain lak. semua terbongkang. apsal semua tidur lagi ni?? takde kelas math ke?? so, aku dengan rasa yakin membuat kesimpulan pagi tu takde kelas math (padahal memang dah rancang taknak pergi). SORI PUAN EZRINDA!!. then, aku sambung tidur lagi.



jam tunjuk pukul 9.30am bila aku sedar. dah malas aa nak sambung tidur. tangan aku terus je capai mouse laptop yang ada kat sebelah aku. online jap. bukak facebook, tengok blog, baca komik. rutin harian aku pas bangun tidur. sedar2 jam da pukul 11.30am. 2jam beb!! macam tak rasa mende. tetibe member aku ajak pergi makan and kompleks sukan. ada urusan cikit. aku pon bangun la dari tilam busuk aku menuju bilik air. sedang aku nak letak barang mandi aku, aku ternampak mende berlengkar dalam toilet. 'PUNDEK!!!SAPE BERAK TAK FLUSH NI', habis sekuat hati aku jerit. nasib baik ada orang mengaku. kalau tak, memang aku tolong flushkan.hahahaha


siap mandi, terus ambil kunci motor gi kompleks sukan. dalam perjalanan tu, tetibe, hujan lak. singgah kafe dulu makan. menu aku hari ni :- nasi putih, sup, tauhu cina, telur, sambal belacan cikit dengan air sirap. total RM3.30. habis makan, gerak pergi kompleks. dalam kompleks sukan ada studio. dah lama aku tak masuk studio semenjak takde latihan ni. rindu sangat nak masuk studio nak main gitar letrik sambil bukak amp kuat2. takpela. lain kali boleh. lama lagi kot aku kat cini. settle urusan, pe lagi, balik rumah aa!!!

malam ni aku ada test. tapi malas gila nak study. duduk baring sambil online sambil borak2. tetibe, member aku bukak topik perbincangan yang menarik. tak bole bagi taw la tajok tu sebab sensored. lama gak la kitorang berbincang. sebab dah bosan sangat, aku masuk bilik amik tabung kecik aku. 'nak kira duit dalam tabung la', hati ku keriangan seperti dak kecik dapat baju BEN 10. seronok gak tengok duit banyak2 dalam tabong. sepose, dopsen, tigaposen.......rm2.40,rm2.50,.....rm10.60,rm10.70....rm30.90,rm40.....rm54.10, rm54.20. WOW!!banyak gak hasil simpanan. simpan takde la lama sangat. baru 2 bulan. ni la hasil bila kita rajin wat roomwalking kat bilik member2. jumpe syiling, masuk tabung. nampak syiling sepah, masuk tabung. hahahaha. kayo pakcik.


patut nya hari ni aku ada presentation BI. tapi sebab kawan aku ada kawan yang baik, aku dapat buat hari jumaat. hohoho. ada masa lagi nak hafal text aku. text pasal cinta. nanti aku update pasal presentation aku. sebab dah takde mende nak buat pas kire duit tabung, aku sambung tidur lagi. sedar2, dah maghrib pon. aku kene siap2 nak gi test. pencil, pen, pembaris, pemadam, kalkulator, toyol sume da lengkap. kali ni, aku ambil test dalam keadaan yang kurang best. mesyuarat xdapat dijalankan sebab semua duduk jaoh2. huhuhu. so, segala aktiviti pencetakan, penyalinan dan perbincangan tergendala. walaupon begitu, aku rasa aku dah buat yang terbaik time test tadi. hohoho.



habis test, aku dengan kengkawan gi makan2 minum. menu aku malam ni: nasi putih, sup kosong (xdapat), telo dadar, timon, sambal belacan, paprik daging, burger daging dengan air kosong. simple2 je. janji perot kenyang. habis makan, cam biasa la, borak2, hisap rokok, tengok tv, tengok orang.


camtu la hari aku yang macam2 berlalu. walopon x macam2 mende yang berlaku, tapi aku rasa macam full dengan aktiviti je harini. hohoho. panjang lak aku tulis. maybe sebab dah lama sangat tak menulis kot. dah la banyak hutang tertunggak ni. dengan tag la, award, update lawatan. macam2 wo. bila la aku nak cari masa nak buat semua tu. huhuhuhu~~~

p/s: aku rasa happy giler 2-3 hari ni walopon test, assignment, kuiz berlambak lambak.

3 comment(s):

deqyalalink in-situ said...

oh samola byk test tp msih mls gerkk..adoyhh

Syafiq Kadiran said...

deqyalink: jom same2 bermalas malasan..
hehehe

hans said...

wah,asal member ko x flush dowh?
adoiii

Post a Comment

setiap komen yang diberi saya ucapkan 'BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH!!!'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...