TABUNG BELI BMW

apa yang aku rasa...

sudah lama aku tidak menulis pada blog aku ni. bukan sebab malas, tapi aku tiada idea nak tulis apa walaupun sebenarnya aku hendak sangat bercerita. aku tergerak hendak menulis sebab kawan aku menyuruh aku meng'update' blog aku dan aku pula rase hendak bercerita tentang pengalaman aku sepanjang tahon ni. terima kasih kawan. kalau kau tak ketok aku, aku rase blog aku ni memang akan teros bersawang.



bagi aku, hidup ini umpama jigsaw puzzle. kita tidak akan nampak apa yang akan kita lihat, usahakan jika kita tidak mencantumkan kepingan2 itu. macam itulah kehidupan bagi aku. aku memang tidak nampak apa yang berada dihadapan aku. yang aku tahu, ianya sesuatu yang baru. sesuatu yang aku tidak akan rase berulang kali. dan tahon ini juga, banyak benda baru yang aku rase. ade yang seronok gembira. ade yang sedih duka.

tahun ni, aku lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan2 aku. aku jarang balik rumah. bukan sebab aku tidak suke, tapi sebab aku ingin cuba hidup berjauhan dengan keluarga aku selama yang aku mampu. tidak pernah aku berjauhan dengan family aku selama ini. dan aku rase, sudah tiba masa aku patut menghadapinya. perasaan rindu itu memang ada. tapi aku kena hadapi semua ini untuk mase depan aku juga.

bersama kawan2 aku, aku belajar banyak benda. aku belajar memahami orang. aku belajar berkongsi, sesuatu yang susah bagi aku untuk lakukan. sebelum ini, jika aku ada masalah, aku lebih suka untuk berdiam diri. bagi aku, masalah aku, biarlah aku yang selesaikan. tapi aku silap. bila kita berdiam diri, kita tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah, tapi akan membuatkan masalah itu barah. dan aku belajar itu dari kawan aku. berkongsi. secara jujur, susah bagi aku untuk ceritakan masalah aku. tapi selepas aku cerita, aku rase selesa, ringan. seperti beban aku dikongsi bersama.




aku suka bersendirian. dan itu memang diri aku sejak dulu lagi. aku tidak kisah dengan ape yang berlaku kat sekeliling aku. ape orang nak cakap, ape orang nak kate, aku memang tak kisah. janji dorg bahagia. tapi keadaan berubah. aku berubah. aku tidak boleh tengok kawan aku menangis, dihina, sedih sebab aku akan rase sakit. aku cuba buat sesuatu supaya mereka gembira, ketawa. aku mendengar jika mereka ade masalah. dan aku akan buat ape saja yang termampu untuk menolong. aku rase seronok bila kawan aku gembira. asal kan mereka bahagia, aku rase itu sudah memadai walaupun aku sakit.



sebelum ini, aku tidak pernah tahu rase perasaan sayang. aku layan semua orang sama saja, termasok family aku. mak aku pernah cakap, aku ni macam manusia yang tiada perasaan. tapi, Tuhan sudah tunjukkan aku perasaan itu. bagi aku rase. ternyata, perasaan itu memang lain. bila sudah sayang, kita hendak buat yang terbaik untuk dia, kita hendak buat dia gembira. dan sepanjang hidup aku, aku tidak pernah rase perasaan sebegini. aku betol2 seronok. aku betol2 bahagia. aku betol2 hargai. kalau boleh, aku hendak rase perasaan ni lama2 walaupun aku tahu ianya mustahil. aku hanya mampu simpan perasaan ini kerana inilah sesuatu yang aku akan ingat sampai mati.

aku banyak buat silap. kesilapan yang tidak sepatutnya aku lakukan. tapi, benda sudah terjadi. aku leka, bodoh. aku tidak boleh undur balik mase. aku kena hadapinya. aku rase betol2 bersalah. aku menyesal dan aku rase tersangat sakit. aku sakit sangat. kenapa benda ini berlaku??mungkin Tuhan hendak tunjuk dekat aku. sampai sekarang, aku masih lagi rase bersalah, menyesal, sakit. orang cakap, 'ambil mase'. tapi aku tidak tahu bila mase aku akan tiba.
aku hanya mampu berdoa, meminta pada Tuhan agar semua nya baik. but still......




macam2 benda aku lalui sepanjang tahun ini. ibarat roda. kejap kat atas, kejap kat bawah. ade satu saat aku rase bahagia gembira, ade satu saat aku sunyi duka. tapi, kawan2 aku ade. aku gembira bersama mereka, dan bila aku sunyi, mereka bersama aku. aku hendak minta maaf atas kesilapan yang aku buat, kebodohan yang aku tnjuk. aku tak matang. aku manusia biasa. memang selalu akan buat salah silap. terima kasih banyak2 sebab korang mencorak hidop aku, teman aku, dan selalu support aku.

aku rase sudah cukop aku bercerita. cerita tentang aku yang tak best langsong. untuk tahun baru ini, aku taknak buat azam. tapi aku berdoa pada Tuhan, agar tahun baru ini, hidop aku, family aku, kawan2 aku lebih bahagia, bermakna dari tahun sebelum. aku hendak buat cerita baru, memory baru dalam BUKU 2010!!!

sekian. assalamualaikum....

p/s : kawan2, minta keizinan untuk guna gambar korang dalam entry ni.

6 comment(s):

Scarlett Syidek said...

hehehe..mmg sentap..
tak sangka thn 2009 bnyk merubah seseorang kan..hehe..
actually, bnyk belajar menjadi yang lebih baik..hehe..
aku jugak belajar lebih menghargai kawan2 sbb aku x boley idup kalo x de kawan..
thx beb..!!!!!!!!!!..4 everything..

aton said...

salam.. =)
fu-yoh! ni ke syafiq kadiran yg ak knl dlu..ayat2 ko mmg mnyentuh perasaan dowh..tahniah2!! sbb ayat2 ni mmg kelua tros dri hati ko..

pape pon..ak pn nk mntk maap dri ujung kaki smpai ujung rmbut..
[walao bkn ari raye..haha]

selamat mmbuka buku baru kawan ku!
(^_-)v

mocQachinno said...

any person would be lucky to have YOU as their friend. sbb pd aku, ko mmg ikhlas amek berat psal kawan2 ko. thanx weyh.. for helping me out. speshly during those times. ko mmg kwn aku smpai mati lah. a lot happened in 2009. it changes many too. so let us all amek yg jernih n yang keruh tu buang jaoh2.

a new year. a new life. a new chuck.

(cak kelicak cak cak cak cak)

MoHd kHaiRuL RaBaNi said...

terbaek la chuck..
post yg best..

Syafiq Kadiran said...

syidek: yup..taon ni mmg byk aku belajar...sume sebab korg...
terima kasih byk2.. aku pon xbole idop kalo korg xd...

ron: terima kasih ron...ko ne ade wt salah... aku yang byk wt salah.. ske kaco ko...aku pon nk mintak maaf kat ko...jom bukak buku baru same2...

eqa: haha...tq eqa...ko pon kawan aku sampai mati...yup, byk sgt mende happened...aku harap kt bole tempoh same2...n i wanna see u smile again like old time (^_^)..hihihi

bani: terima kasih...aku tulis j ni pe yang nk tulis...ko ble nk hupdate???

Anonymous said...

aku baca cite awal taun ko pada ujong taun huhu...keadaan akan wat seseorang berubah n terpulang pada orang tu sendiri tuk memilih y baek o x...n ko berubah pada y mendorong idup ko n y terbaek tuk ko...i proud with u walaupon ak x kenal pon ko sgt huhuhu...n siyes la ak memg tgk ko mcm xde perasaan...ape y aku nmpak dr penulisan ko n ape y aku nmpk ko dgn mate ak,berbeza siot...

Post a Comment

setiap komen yang diberi saya ucapkan 'BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH!!!'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...